Peta Minda ialah satu kaedah pemikiran visual yang disusun secara bercabang dan bermula daripada satu idea utama di tengah. Setiap cabang mewakili sub-topik atau idea kecil yang berkaitan. Kaedah ini membolehkan murid menghubung kait antara idea, mengembangkan pemikiran secara kreatif, serta memahami dan mengingati maklumat dengan lebih mudah.
Menurut kajian Jun dan Jamaludin (2023), penggunaan peta minda dalam bilik darjah bukan sahaja meningkatkan kefahaman murid terhadap sesuatu topik, tetapi juga membolehkan mereka menyusun maklumat dalam bentuk yang lebih teratur dan menarik. Ia membantu murid menguasai kemahiran menulis, membaca dan membuat refleksi, terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah.
Kegunaan: Menunjukkan proses yang berulang atau kitaran.
Ciri-ciri: Disusun dalam bentuk bulatan atau bentuk berulang yang bersambung, menunjukkan kesinambungan.
Contoh penggunaan: Menjelaskan kitaran air atau kitaran hidup katak.
Kegunaan: Mengenal pasti punca atau sebab kepada sesuatu masalah atau isu.
Ciri-ciri: Berbentuk seperti tulang ikan, dengan satu garisan utama (tulang belakang) dan cabang-cabang ke sisi (tulang kecil).
Contoh penggunaan: Menganalisis punca pencemaran alam sekitar.
Kegunaan: Menyusun langkah, urutan atau proses secara teratur.
Ciri-ciri: Disusun secara linear (kiri ke kanan atau atas ke bawah) menggunakan anak panah untuk menunjukkan aliran.
Contoh penggunaan: Menjelaskan langkah-langkah mencuci tangan atau proses fotosintesis.
Kegunaan: Mengklasifikasikan atau mengkategorikan maklumat.
Ciri-ciri: Bermula dari satu idea utama di atas, bercabang ke bawah seperti dahan pokok yang membahagikan idea kepada subkategori.
Contoh penggunaan: Mengelaskan jenis-jenis haiwan mengikut habitat atau cara pembiakan.
Contoh Soalan :
Berdasarkan peta pokok di bawah isi tempat kosong tersebut dengan jawapan yang disediakan.