Peta i-Think ialah alat pemikiran visual yang digunakan untuk membantu murid mengatur, menganalisis dan menyampaikan idea secara sistematik dan tersusun. Ia terdiri daripada lapan jenis peta pemikiran seperti Peta Buih, Peta Alir, Peta Pokok dan lain-lain, yang setiap satunya mempunyai fungsi khusus seperti membuat perbandingan, mengelaskan maklumat, menunjukkan urutan atau menerangkan sebab-akibat. Tujuan utama penggunaan peta i-Think ialah untuk menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif dalam kalangan murid, memudahkan pemahaman konsep dalam pelbagai mata pelajaran serta meningkatkan keupayaan murid membuat refleksi dan penyelesaian masalah secara visual dan berstruktur (Bahagian Pembangunan Kurikulum, 2014).
Jenis-jenis peta I-Think
Contoh Soalan Peta Alir