Jawatankuasa RPI hendaklah dianggotai oleh Pengetua atau Guru Besar, Guru Penolong Kanan Pentadbiran, Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas atau Penyelaras Program Pendidikan Khas, semua guru pendidikan khas, PPM, semua ibu bapa atau wakil kumpulan pelbagai disiplin mengikut keperluan dan murid.
Guru pendidikan khas menjalankan ujian diagnostik seperti pemerhatian, temubual, ujian lisan, ujian bertulis untuk mengenalpasti masalah.
Perbincangan dibuat bersama ibu bapa dan jawatankuasa berdasarkan cadangan guru melalui ujian diagnostik yang dijalankan.
Menetapkan kemahiran atau masalah yang perlu diberi perhatian.
Menetapkan matlamat, objektif yang hendak dicapai dan tempoh pelaksanaan.
Membina RPI dan menetapkan cadangan strategi untuk atasi masalah.
Menjalankan intervensi bersama sumber dan alatan yang diperlukan.
Menganalisis dapatan dan tindakan susulan.
Memberikan laporan pencapaian kepada ibu bapa untuk RPI seterusnya.