Program Pendidikan Khas Integrasi telah diwujudkan pada 2 Januari 2008. Pada masa itu ia dikenali dengan nama Kelas Khas Bermasalah Pembelajaran (KKBP) dan bilangan guru pada ketika itu adalah seramai 2 orang dengan pendaftaran seorang murid. Seterusnya, pertambahan kemasukan murid PPKI terus berlaku dan sehingga bulan November 2008 menjadikan jumlah murid seramai 10 orang murid. Namun, pada masa kini pertambahan kemasukan terus berlaku tahun demi tahun. Murid-murid PPKI ini terdiri daripada pelbagai kategori. Antaranya adalah autisme, sindrom down, kurang upaya intelektual, disleksia, ketidakupayaan fizikal dan ADHD.