PROFIL SEKOLAH

Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani (SGS)

JALAN TUNKU KURSHIAH , 70400, SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN 
(NEA4118)

Pengetua,
Puan Monarazmah Binti Abd Razak

GPK Pentadbiran,
En Saleh Bin Ibrahim

GPK Hal Ehwal Murid
Puan Umi Kelsom Binti Nayan

GPK Kokurikulum
Puan Haslina Bt Mohd Ali 

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban atau juga dikenali sebagai ’Science Girls School’ (SGS) mula memperoleh kelulusan untuk beroperasi pada 3 Ogos 2013 dengan menerima seorang Penyelaras (care taker) berkuatkuasa 21 Ogos 2013. Diikuti pada 16 September 2013, seorang Pembantu Tadbir dan seorang Pemandu melapor diri. Sehingga 31 November 2013, SGS telah menerima PK HEM, 3 orang guru kanan mata pelajaran (GKMP Bahasa, GKMP Kemanusiaan dan GKMP Sains & Matematik) dan seorang Ketua Pembantu Tadbir. Pada 1 Disember 2013 pula, SGS telah menerima bekalan guru seramai 12 orang yang diambil daripada Sekolah Berasrama Penuh lain, yang memohon berpindah daripada sekolah lama mereka. Manakala tanggal 6 Januari 2014, titik bersejarah apabila Pn. Hjh. Azizah bt. Musa telah melaporkan diri sebagai Pengetua Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban yang pertama.

Penjenamaan semula SGS adalah dengan mengambil alih tapak bangunan Kolej Tunku Kurshiah  (kerana TKC telah memperoleh bangunan baru  di Bandar Enstek),  dengan keluasan  tanah 22 ekar di Bukit Merbah, Jln. Tunku Kurshiah.  SGS pada peringkat awal, telah mengguna pakai 4 blok asrama (daripada 7 blok yang sedia ada), blok pentadbiran, blok akademik, surau, dewan besar, dewan makan dan 2 blok bangunan baru beserta padang dan gelanggang.

SGS telah menerima puteri sulung pada 25 Februari 2014. Seramai lebih kurang 177 orang murid dari kalangan murid tingkatan 4 dari seluruh negara ditempatkan di sekolah ini. Bilangan kelas yang  dibuka hanya 6 kelas sains tulen. Pada tahun 2015, SGS menerima 208 orang pelajar yang ditempatkan di 6 kelas Sains Tulen dan  3 kelas Sains Sosial buat pertama kalinya. Pada tahun 2016, SGS telah menerima 127 orang puteri yang ditempatkan di 5 kelas. 3 daripadanyanya adalah kelas Sains Tulen, manakala baki 2 kelas adalah kelas Sains Sosial.


VISI SEKOLAH

"Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera"

MISI SEKOLAH 

"Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani, Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara"

MOTO SEKOLAH 

"Modal Insan Aspirasi Negara"

CARTA ORGANISASI.pdf

CARTA ORGANISASI

PIAGAM PELANGGAN SEKOLAH.pdf

PIAGAM PELANGGAN

PELAN SGS (6).pdf

PELAN INSTITUSI

TAKWIM SGS 20232024.pdf

TAKWIM SEKOLAH 

DASAR PENGURUSAN SEKOLAH.pdf

PERATURAN & DASAR PENGURUSAN 

LAGU SEKOLAH.pdf

LAGU SEKOLAH