Laman Utama 

SIAPA SAYA?

Kenali Nura Ssaem (Cikgu Nura) 

Dilahirkan pada 8 Ogos 1993 dan membesar di Seremban, Negeri Sembilan. Nura ssaem seorang yang bercita-cita tinggi dan bersemangat dalam apa sahaja yang dilakukan. Nura ssaem memang bercita-cita untuk menjadi seorang guru semenjak dari sekolah menengah lagi. Namun pada waktu itu Nura ssaem belum dapat mengenal pasti kebolehannya dan belum membuat keputusan subjek apa yang ingin diajari apabila dewasa nanti.   Namun pada umur 17 tahun, Nura ssaem mula meminati Muzik Korea selatan dan terus mula belajar bahasa negara tersebut melalui internet secara sendiri. Bermulanya perjalanan menuntut ilmu Bahasa Korea secara sendiri sejak 2010, Nura ssaem tidak pernah berputus asa untuk cuba meningkatkan kebolehannya berbahasa. Selepas hampir 12 tahun penat lelahnya, akhirnya Nura ssaem mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang guru. Kini Nura Ssaem mengajar Bahasa Korea di Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani, Seremban !

Latar Belakang Pendidikan 

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa (IPGKBA)

Nov 2021 : Program Diploma PascaSiswazah Pendidikan (PDPP) 

(Bahasa Korea)

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

Mac 2019 :  Sarjana Pendidikan

(Psikologi Pendidikan)

Universiti Al- Albayt , Jordan
(2011 – 2015 )

 Jun 2015 : Ijazah Sarjana Muda Shariah  Usuluddin