Peranan & Tanggungjawab
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
PERANAN KETUA JABATAN
PERANAN GURU PENOLONG KANAN
GPK PENTADBIRAN
Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu
Membantu Pengetua Dalam Pengurusan Kurikulum
Membantu Pengetua dalam Pengurusan Staf
Membantu Pengetua dalam Urusan Pentadbiran Harian.
Membantu Pengetua Dalam Pengusan Kemudahan Dan Sumber
Membantu Pengetua Dalam Tugas-Tugas Lain seperti perancangan takwim, anggaran belanjawan sekolah, hal-hal 3K sekolah & tugasan lain yang diberikan oleh KPM.
GPK HAL EHWAL MURID
Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu
Menjalankan segala tugas dan tanggungjawab pentadbiran sekolah jika ketiadaan Guru Besar dan GPK Pentadbiran.
Bertanggungjawab kepada Pengetua dalam soal-soal kurikulum, ko- kurikulum, disiplin, bimbingan dan kaunseling.
Memastikan bahawa segala keselamatan para pelajar adalah terjamin dan diatur mengikut prosedur dan peraturan.
Menentukan bahawa kebajikan, Skim Pinjaman Buku Teks, biasiswa dan bantuan kewangan berjalan dengan lancar.
GPK KOKURIKULUM
Mengajar sebilangan waktu bagi mata pelajaran yang tertentu
Menyelaras proses penubuhan kelab dan persatuan / Sukan dan permainan serta unit pakaian seragam dan memantau takwim kegiatan kokurikulum
Menyediakan anggaran perbelanjaan pengurusan kokurikulum dan membantu sekolah dalam segala jenis pengelolaan atau penganjuran dalam program yang melibatkan kokurikulum
Mengenal pasti guru dan murid yang berpotensi dalam aktiviti kokurikulum dan menyusun serta merancang latihan untuk mereka
PERANAN GURU PANITIA
Memperoleh Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang terkini untuk kegunaan ahli panitia.
Menyedia serta menyelaraskan Rancangan Pelajaran Tahunan mengikut Penggal Persekolahan.
Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan pembelajaran pelajar dan kegunaan guru-guru dan untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.
Menyelaras soalan ujian dan penilaian bagi setiap kelas.
Mengkaji dan menganalisis keputusan ujian dan penilaian Panitia mata pelajaran bagi semua murid dalam tiap-tiap ujian dan penilaian, mengambil langkah-langkah serta melaksanakan strategi-strategi mengatasi kelemahan pengajaran dan pembelajaran.
Menjana minat ahli-ahli Panitia Mata Pelajaran supaya mengadakan penyelidikan pembangunan (R&D).
Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala serta selaras dengan takwim sekolah. Mengadakan perjumpaan Ad-Hoc apabila dan jika perlu.
Mengatur perjumpaan atau mesyuarat ahli-ahli Panitia mata pelajaran secara formal atau tidak formal untuk merancang dan membincangkan masalah-masalah atau isu-isu berhubung dengan kaedah mengajar serta mencari jalan penyelesaian kepada
permasalahan tersebut.Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan baru dengan ahli-ahli lain yang diperolehi setelah mengikuti kursus, mesyuarat atau taklimat.
Mewujudkan kerjasama efektif dengan persatuan akademik dari sekolah lain dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran.
GURU BAHARU