وَعَدَ اللّهُ ٱلْذِينَ ءَامَنُوا مِنكُمْ وَعَمِلُواْ ٱلصَلِحَٰتِ لَيَسْتَخْلِفَنَهُمْ فِىالأرْضِ كَمَا اسْتَخْلَفَ ٱلّذِينَ مِن قَبْلِهِمْ وَلَيُمَكِنَنَ لَهُمْ دِينَهُمُ الذِيرِ ارْتَضَىٰ لَهُ وَلَيُبَدِّلَنَهُم مِنْ بَعْدٍ خَوْفِهِمْ أَمْنَا يَعْبُدُونَنِى لَا يُشْرِكُونَ بِي شَيْياً وَمَن كَفَرَ بَعْدَ ذَلِكَ فَأَوْلَتيِكَ هُمُ ٱلْفَسِقُونَ ٥٥

Maksudnya: "Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka, khalifah-khalifah yang berkuasa, dan ia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhai Nya untuk mereka, dania juga telah menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu, dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." 

Dalam dibawa arus kealpaan duniawi, tanpa kita sedar hari ini sudah genap setahun berlakunya "Taufan Al-Aqsa" di tanah Palestin. Sebuah tempat yang dimuliakan oleh Allah SWT dan didiami oleh saudara seagama kita. Dalam keadaan kita tidur dengan nyenyak berselimutkan kapas yang empuk, saudara kita disana tidur dalam keadaan berlapikkan serpihan bangunan yang hancur dan berbumbungkan langit yang dipenuhi sinaran bom sambil memegang erat batu-batu yang kecil sebagai perisai diri. 

Dalam kealpaan kita ini, saban hari semakin ramai saudara kita di sana yang ditembak, dibunuh dengan kejam dan dibom dengan bom "phosphorus" sehingga hancurdan berkecai daging tidak kira samada ibu yang mengandung mahupun kanak-kanak kecil yang tidak bersalah. Allahuakbar!Tepuk dada dan tanya iman kita. Adakah kita masih mengambil berat situasi saudara kita disana atau kita sudah tenggelam dilambung ombak dunia? Adakah simpati kita hanya bersifat sementara kerana hanya mengikut trend semasa atau lidah masih basah mendoakan mereka? Jawapannya ada padajiwa kitasemua. 


Daripada Anas hadisnya, bin Malik RA, bahawasa Baginda SAW bersabda

 لا يؤمن احدكم حتى يحب لاخيه ما يحب لنفسه 

Maksudnya: Tidakakan beriman seseorang itu melainkan dia mengasihi saudaranya seperti mana dia mengasihi dirinya sendiri".

 (Riwayat Al-Bukhari)  

Oleh itu, saya menyeru kepada seluruh mahasiswa-mahasiswi untuk sama-sama menyelusuri kronologi peristiwa "Taufan Al-Aqsa" sebagai kecaknaan kita kepada saudara kita disana. Oktober 2023 merupakan tarikh bersejarah kepada perjuangan pembebasan Palestin menentang penjajahan Zionis Israel dan sekutunya. Sebuah operasi yang disebut sebagai "Taufan Al-Aqsa" telah dilancarkan oleh pejuang Palestin yang dipimpin oleh pasukan Al-Qassam (HAMAS) dengan pelancaran lima ribu peluru berpandu buatan sendiri ke penempatan haram Israel. Bahkan pelbagai aset ketenteraandan mobilisasi ribuan pejuang digerakkan ke jalan darat dan laut keatas tanah Palestin yang dirampas oleh rejim Zionis Israel. Perang ini membuahkan pelbagai kejayaan strategik bagi Al-Qassam serta pejuang Palestin. Antaranya, Al-Qassam berjaya menembusi sejauh40 km tanah Palestin yang dijajah, menawan pusat risikan Israet dan dokumen-dokumen penting perisikan zionis, membunuh tebih 1000 orang Israelserta menawan lebih 200 orang penjajah dari rejim Zionis Israel.

Selain itu, *Taufan Al-Aqsa" ini juga berjaya menyekat dan menghentikan rancangan Zionis Israel serta sekutunya untuk menghapuskan secara menyeluruh kewujudan negara Palestin meliputi projek Deal Of The Century, Abraham-Accord, normalisasi Israel, usaha untuk memasukkan Israel ke dalam Liga Arab, projek IMEC dan pengisytiharan zionis secara terbuka melalui projek "The New Middle East" oleh Netanyahu laknatullah di pentas PBB. Siri peperangan silih berganti sehinggalah pada tanggal 31 Julai 2024, satu pembunuhan terancang ke atasAsy-Syahid Ismail Haniyeh, Ketua Biro Politik Hamas. Rentetan itu, terletusnya sebuah kebangkitan penyatuan ummah seluruh dunia bagi memerangi kezaliman rejim Zionis laknatullah.  

Daripada Abu Umamah RA, Rasulullah SAW telah bersabda;

 لا تزال طائفة من أمتي على الدين ظاهرين، لعدوهم قاهرين، لا يضرهم من خالفهم إلا ما أصابهم من لأواء، حتى يأتيهم أمر الل 

Maksudnya; "Sentiasa adadalam kalanganumatku dari kalanganyang menyerlahkandiri merekasecaraterbuka dan nyata, menegakkan kebenaran, menghadapimusuh dengan gagah perkasa, tidak boleh dimudaratkan (dihentikan) olehorang-orangyang mengecewakan merekasehinggalahdatangnya perintah Allah (memenangkan mereka) dalam keadaan merekaterus meneruskan perjuangnya.

 (Riwayat Imam Ahmad]

 Akhir kalam, saya menyerudan mengajakkepadaseluruh mahasiswadi tuarsanauntuk terus menyebarkan kesedarandan bangkit menyatakan solidariti kitabersama dengan perjuangan Palestin. Moga-moga kita tergolong dalam golongan yang sentiasa memperjuang Islam di bumi Allah Taala. 


MUHAMMAD AFNAN BIN ZAMRI 

KETUA EXCO INTELEKTUAL DAN KENEGARAAN SESI 2024/2025

24 OKTOBER 2024