Semua Politeknik dan Kolej Komuniti wajib melaksanakan Penilaian Kendiri PK&K menggunakan Instrumen yang disediakan oleh JPPKK.
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA) / Timbalan Pengarah Pengurusan (TPP) / Timbalan Pengarah (TP) adalah pegawai yang menyelaras pelaksanaan Penilaian Kendiri PK&K di institusi.
Institusi perlu melaksanakan Penilaian Kendiri PK&K mengikut fasa berikut:
Fasa 1 (1 - 31 Mac 2025)
Kesedaran (Awareness).
Meneliti instrumen PK&K yang disediakan
Merancang dan melaksanakan penambahbaikan (jika perlu).
Melaksanakan Penilaian kendiri
Fasa 2 (01 - 15 April 2025)
Melaksanakan Penilaian Kendiri
Memuat naik instrumen PK&K yang lengkap berserta skor sebelum berakhir Fasa 2.
Fasa 3 (15 April – 30 Oktober 2025)
Melaksanakan Pemantauan
Institusi yang akan dipantau akan dimaklumkan oleh penyelaras sebelum lawatan pemantauan dilaksanakan.
Proses pemantauan akan dilaksanakan secara bersemuka atau secara dalam talian bergantung kepada kesesuaian.
Muat turun semua Instrumen PK&K berikut :
Instrumen Tadbir Urus Institusi.
Instrumen Pemantauan ICT.
Instrumen Pembelajaran Sepanjang Hayat (Politeknik).
Instrumen Pembelajaran Sepanjang Hayat (Kolej Komuniti).
Instrumen Kolaborasi dan Kebolehpasaran.
Instrumen Pengurusan Pengambilan dan Pembangunan Pelajar.
Instrumen Penilaian Kendiri Pengurusan Kewangan.
Instrumen Porgram, Infrastruktur dan Fasiliti
Instrumen PK&K ini boleh dimuat turun di pautan Muat Turun Instrumen.
Setiap institusi perlu mencetak kesemua Instrumen PK&K yang telah dimuat turun di Langkah 2.
TPSA / TPP / TP menyelaras pelaksanaan Penilaian Kendiri PK&K bersama pegawai bertanggungjawab mengikut skop instrumen.
Pegawai bertanggungjawab perlu melaksanakan Penilaian Kendiri PK&K secara telus. Pecerahan bagi skala skor boleh dirujuk di sini.
Instrumen tersebut perlu dilengkapkan oleh pegawai bertanggungjawab di institusi mengikut skop masing-masing.
Imbas setiap Instrumen PK&K yang telah lengkap diisi.
Institusi perlu memastikan bahawa :
Semua item dalam setiap Instrumen PK&K telah ditanda mengikut skala yang diberi.
Ruangan SKOR harus diisi dengan skor yang tepat.
Ruangan PENGESAHAN PEGAWAI diisi dengan jelas berserta CAP PEGAWAI yang sah.
Instrumen yang telah diimbas adalah berformat pdf dan perlu dinamakan mengikut format berikut:
Bagi instrumen Tadbir Urus : Skop 1_nama-institusi
Contoh : Skop 1_PUO
Contoh : Skop 1_KKSelayang
Instrumen perlu dimuat naik di pautan Muat Naik Instrumen.
Institusi perlu memastikan bahawa :
Memilih nama institusi dengan betul.
Ruangan SKOR pada borang muat naik mesti diisi dengan skor yang tepat.
Instrumen yang dimuat naik adalah mengikut skop.