Pemantauan Kesepunyaan dan Keserakanan (PK&K) merupakan usaha untuk membantu institusi ke arah pemantapan pengurusan melalui penambahbaikan berterusan dari aspek kualiti penyampaian, produktiviti dan kecekapan serta mematuhi peraturan dan arahan yang sedang berkuat kuasa.
Ia selari dengan Fokus Strategik Kelima iaitu Mempersada Kecemerlangan Institusi, Lonjakan 6: Pemantapan Tadbir Urus di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) serta Teras 2, Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti (PSPKK).
Tindakan-tindakan pembetulan dan pencegahan akan dibuat bagi mengelak kesalahan sama berulang di mana-mana Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pemantauan ini akan dinilai melalui dua (2) kaedah utama iaitu:
Penilaian Kendiri wajib dilaksanakan oleh semua Politeknik dan Kolej Komuniti.
Pemantauan Institusi Terpilih dilaksanakan secara bersemuka oleh Pegawai Pemantau dari JPPKK bagi pelaksanaan pemantauan dan pengesahan Laporan Penilaian Kendiri di institusi yang terpilih sahaja.
Skop Tadbir Urus Institusi
Skop Pemantauan ICT
Skop Pembelajaran Sepanjang Hayat (Politeknik/ Kolej Komuniti)
Skop Kolaborasi dan Kebolehpasaran
Skop Pengurusan Pengambilan dan Pembangunan Pelajar
Skop Pengurusan Kewangan
Skop Program, Infrastruktur dan Fasiliti