Sebagai Petugas Pilihan Raya, anda melaksanakan pilihan raya. Contoh Jawatan: Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundian, Pemandu Arah Pusat Mengundi.
Tidak. Kebiasaannya, Pegawai Pengurus berasal dari banyak jenis pejabat kerajaan. Pegawai Pengurus menentukan kriteria dan tatacara pelantikan Petugas.
Tidak. Pegawai Pengurus akan kemukan kriteria asas untuk Petugas (Cth. jawatan, tempat tinggal). Anda akan menghadapi persaingan kuat untuk jawatan ini.
Ya (dengan kriteria). Tindak Malaysia mencadangkan nama - nama bakal calon Petugas. Pegawai Pengurus akan menentukan siapa layak untuk menjadi Petugas.
TIndak Malaysia memerlukan semua calon Petugas Pilihan Raya untuk meletakkan tiga-empat hari (termasuk hari minggu) untuk kerja-kerja Petugas.
Boleh tetapi anda perlu fleksibel. Kekosongan jawatan Petugas jarang diiklankan. Anda perlu fleksibel dan ambil peluang apabila kekosongan ditemui.
Ketua Tempat Mengundi
Kerani Pengundian 1, 2, 3 dan 4/ Kerani Mengira Undi
Kerani Penyemak Daftar Pemilih
Penunjuk Pusat Arah Pusat Mengundi
Pembantu Pilihan Raya
Penyelia Pusat Mengundi
Kerani Pengeluaran, Pembukaan dan Pengiraan Undi Pos
Tindak Malaysia mengalakkan calon - calon Petugas Pilihan Raya untuk mengambil mana-mana jawatan yang ditawarkan oleh Pegawai Pengurus (memandangkan kekosongan jawatan jarang diumumkan kepada orang ramai).
Walau bagaimanapun, kami akan mempertimbangkan pengalaman anda dan pilihan anda untuk sesetengah jawatan (anda pilih) selagi kekosongan sesuai ditemui. Kami tidak berjanji untuk mendapat jawatan yang anda pilih/menyukai.
Ya! Kami sentiasa mengalu-alukan individu yang berminat untuk berkhidmat kepada negara melalui pilihan raya. Terdapat jawatan tertentu seperti Kerani Pengundian yang lebih mesra kepada individu tanpa pengalaman. Kami juga akan menyediakan latihan yang mencukupi untuk memastikan anda bersedia menjalankan peranan anda dalam pilihan raya.
Di Tindak Malaysia, kami mengutamakan kehadiran dua (2) hari latihan yang setara sebelum penugasan mana-mana pilihan raya. Kami juga mengadakan latihan bulanan yang boleh diadakan secara maya yang tersedia untuk sukarelawan Petugas kami.
Selain daripada latihan oleh Tindak Malaysia, terdapat sesi latihan wajib yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya untuk setiap peranan Petugas.
Petugas adalah mereka yang akan berkhidmat di dalam saluran atau pusat pengundian yang ditugaskan kepada mereka, biasanya terhad kepada peranan dalam melaksanakan proses pengundian serta membimbing pengundi ke saluran pengundian mereka.
Pemerhati pilihan raya adalah mereka yang akan memantau proses pilihan raya dalam aspek undang-undang dan peraturan yang berkaitan. Pemerhati pilihan raya dibenarkan untuk memerhatikan dan melaporkan sebarang kesalahan Pilihan Raya kepada pihak berkuasa yang berkaitan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (MACC).
Ya, asalkan anda tidak memegang sebarang jawatan, selain keahlian, dalam parti politik DAN/ATAU tidak aktif menyertai sebarang aktiviti berkaitan politik sewaktu anda sedang dipertimbangkan sebagai Petugas Pilihan Raya.
Tidak, seseorang yang memohon untuk menjadi Pemerhati Pilihan Raya (untuk mana-mana organisasi) tidak boleh menjadi Petugas.
Begitu juga, seseorang yang menjadi seorang Ejen Tempat Mengundi atau Ejen Mengira Undi (PACA) semasa tempoh pilihan raya tidak boleh menjadi Petugas.
Ya, Petugas kami perlu berumur 18 tahun ke atas.
Bagi had umur maksimum, ia adalah tertakluk kepada budi bicara Pegawai Pengurus yang berhak menolak calon.
Ya (dengan kekecualian). Pengalaman PACA boleh mempercepatkan pembelajaran anda. Akan tetapi, anda perlu set minda baru untuk jadi Petugas.