Untuk mereformasikan Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) secara berkesan dalam bidang Penjalanan Pilihan Raya dan Pengundian Pos, kita memerlukan pasukan barisan Petugas Pilihan Raya yang sangat kompeten, berintegriti, dan neutral. Sejak tahun 2019, kami telah rekrut individu daripada masyarakat sivil sebagai Petugas Pilihan Raya (Ketua Tempat Mengundi, Kerani Pengundi, Kerani Penyemak Daftar Pemilih, dan sebagainya).
Pada 1 September 2023, kami secara rasminya melancarkan program Petugas kami.
Tentang Kami
Tindak Malaysia ditubuhkan pada tahun 2008 dengan matlamat untuk memastikan pilihan raya yang bebas dan adil di Malaysia melalui peningkatan pendidikan pengundi. Kami aktif terlibat dalam menyeru reformasi sistem pilihan raya di Malaysia.
Sejak penubuhan Tindak Malaysia, kami telah melaksanakan pelbagai latihan komprehensif untuk pekerja pengundian bagi kumpulan sukarelawan kami di seluruh Malaysia. Kami sentiasa selari dengan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dalam prosedur pilihan raya, penyemakan semula sempadan, dan pendaftaran pengundi.
Sebagai sebuah Organisasi Bukan Kerajaan (NGO), kami merupakan ahli penyokong gabungan BERSIH 2.0 dan ahli kepada Gabungan Bertindak Malaysia (GBM).
Memandangkan kami mempunyai ahli dan sukarelawan yang telah terlibat dalam melaksanakan pilihan raya sejak 2008, simpanan pengetahuan kami amat mendalam tambahan kerja pilihan raya melalui pengalaman bertahun-tahun oleh sukarelawan kami. Anda akan menerima latihan daripada individu yang berpengalaman yang akan berkongsi maklumat berharga, yang sebahagian daripadanya jarang diketahui oleh orang ramai!
Tindak Malaysia bekerjasama rapat dengan Suruhanjaya Pilihan Raya dan sentiasa mencari peluang untuk menawarkan kumpulan sukarelawan kami untuk berkhidmat dalam pilihan raya. Dengan menyertai program PETUGAS kami, anda akan menjadi salah seorang yang pertama dimaklumkan tentang sebarang peluang berpotensi untuk berkhidmat dalam mana-mana pilihan raya yang akan datang di Malaysia.
Sebagai NGO dengan pengalaman lebih dari satu dekad dalam menuntut pilihan raya yang bebas dan adil, kami berusaha untuk merekrut sukarelawan dari pelbagai latar belakang untuk mewakili masyarakat kami yang pelbagai di negara ini. Tindak Malaysia mengalu-alukan mereka yang memegang ideal tertinggi dan bersemangat dalam membuat perubahan melalui perkhidmatan dalam pilihan raya.
Adil dan Boleh Dipercayai
Berperanan sebagai Petugas memerlukan individu yang beretika dan berintegriti untuk memastikan ketelusan pilihan raya.
Umur dan kewarganegaraan
Anda mesti berumur 18 tahun ke atas dan merupakan warganegara Malaysia yang sah.
Berkecekapan dan Telus
Kerja pilihan raya merupai tugas yang amat penting dan memerlukan kecekapan serta ketelusan anda untuk memastikan pilihan raya berjalan dengan lancar.
Hubungi kami melalui laman sosial untuk maklumat lanjut mengenai program ini atau semak Soalan Lazim (FAQ) kami.
Klik di sini untuk mendaftar!