Perkhidmatan Perpustakaan Hospital Pulau Pinang ditubuhkan pada awal tahun 1960-an dan mula beroperasi di Aras 4 di Blok Pusat Rawatan Harian (ACC) mulai tahun 2007. Perpustakaan berfungsi sebagai pusat sumber rujukan maklumat berguna khususnya dalam bidang perubatan. Kemudahan berteknologi terkini membolehkan maklumat diakses dengan lebih pantas dan mudah. Untuk mencapai visi sebagai pusat kecemerlangan ilmu.
Memproses pendaftaran ahli dalam masa 5 minit dengan syarat maklumat lengkap dipenuhi.
Memproses pinjaman dan pemulangan buku diuruskan dalam masa 5 minit.
Memberi maklumat dalam masa 5 minit untuk perkhidmatan rujukan berarah “directional” dan 15 hingga 30 minit bagi perkhidmatan rujukan bermaklumat “informational”.
Menyediakan prasarana yang selesa dan kondusif.
Memberi layanan yang mesra dan professional kepada semua pelanggan.
Memperoleh dan menyelenggara suatu koleksi bahan perpustakaan yang sesuai dan terkini
Menyediakan perkhidmatan rujukan dan maklumat, pemulangan dan pinjaman untuk semua pengguna perpustakaan warga hospital.
Menjadikan perpustakaan sebagai pusat sumber ilmu dan maklumat yang cemerlang kepada pengguna daripada pelbagai kategori bagi tujuan perancangan kesihatan, perawatan, perubatan dan penyelidikan.
Menjadikan perpustakaan sebagai tempat bacaan, rujukan dan penyelidikan di dalam menggalakkan warga organisasi membaca bagi mewujudkan masyarakat yang berilmu dan berbudaya membaca.
Membina koleksi bahan bacaan dan maklumat berkualiti, lengkap, sistematik dan terkini.
Pengguna perlu memakai dan mempamerkan kad rasmi staf semasa di Perpustakaan.
Pengguna dilarang untuk membuat bising atau berbual dengan menggunakan nada yang kuat bagi menjaga kepentingan semua pengguna kecuali di Bilik Perbincangan.
Merokok, makan dan minum di dalam Perpustakaan dilarang sama sekali.
Beg, payung dan bungkusan tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Perpustakaan. Tempat khas untuk menyimpan barang tersebut disediakan. Perpustakaan tidak akan bertanggung jawab terhadap sebarang kehilangan barang-barang tersebut.
Semua pengguna diminta untuk memelihara susunan perabot supaya kemas dan teratur.
Pengguna dikehendaki membuang sampah ke dalam bakul sampah yang telah disediakan.
Pengguna diminta untuk meletakkan buku yang telah digunakan ke atas troli yang disediakan.
Menempah tempat duduk di Perpustakaan adalah dilarang.
Buku dan alatan lain yang ditinggalkan di dalam Perpustakaan akan dipungut oleh pegawai yang bertugas. Pihak Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan milik perseorangan.
Ketika hendak keluar dari Perpustakaan, pengguna diminta untuk menunjukkan semua buku dan fail kepada pegawai bertugas di kaunter.
Waktu perkhidmatan Perpustakaan boleh dipinda dari semasa ke semasa sekiranya perlu. Sebarang pengumuman akan diletakkan di papan kenyataan perpustakaan.
Urusan pinjaman dan pemulangan buku tidak dibenarkan pada 10 minit sebelum waktu tamat operasi.
Tempoh pinjaman bagi buku adalah selama sebulan, manakala tempoh pinjaman bagi Jurnal adalah selama 2 minggu.
Pengguna dikehendaki untuk membayar denda bagi bahan yang telah melewati tempoh pinjaman iaitu sebanyak RM 0.10 setiap hari berdasarkan kepada PERATURAN-PERATURAN PERPUSTAKAAN NEGARA (BAYARAN DAN DENDA) (PINDAAN) 2015 (Peraturan 3) DENDA 2 (a)
Pengguna akan dikenakan denda bagi kehilangan sumber perpustakaan yang dipinjam iaitu sebanyak dua kali kos asal atau sumber, mengikut mana-mana yang lebih tinggi berdasarkan kepada PERATURAN-PERATURAN PERPUSTAKAAN NEGARA (BAYARAN DAN DENDA) (PINDAAN) 2015 (Peraturan 3) DENDA 2 (b)
Peringatan akan dikeluarkan kepada pengguna setelah tamat tempoh pinjaman sumber perpustakaan.
PIhak Perpustakaan berhak menarik balik kemudahan yang telah disediakan sekiranya pengguna melanggar peraturan di atas.