Perkhidmatan perpustakaan ini terbahagi kepada dua iaitu perkhidmatan lapangan (on-site) dan perkhidmatan atas talian (online)
Perkhidmatan on-site
Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang tersedia di perpustakaan dan boleh didapati di perpustakaan sahaja.
Perkhidmatan online
Perkhidmatan ini merupakan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh para pengguna secara atas talian menerusi telefon, e-mel, media sosial dan pelbagai lagi.
Pinjaman dan pemulangan
Setiap kakitangan perlu mendaftar sebagai ahli perpustakaan terlebih dahulu sebelum dibenarkan membuat pinjaman. Pinjaman terhad kepada 2 buku dan 2 jurnal dalam satu tempoh. Tempoh pinjaman adalah selama 1 bulan untuk buku dan 2 minggu untuk jurnal/majalah umum. Denda akan dikenakan ke atas kelewatan pemulangan bahan perpustakaan.
Pembaharuan (Lapangan)
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna memanjangkan lagi tempoh pinjaman sesebuah buku mahupun jurnal. Pengguna dikehendaki pergi ke kaunter perpustakaan bagi membuat pembaharuan. Namun begitu, hanya sekali sahaja pembaharuan dibenarkan.
Rujukan Maklumat
Perkhidmatan ini meliputi pertanyaan rujukan, penyelidikan dan pencarian maklumat dari sumber perpustakaan organisasi atau dari pangkalan data dalam dan luar Negara. Perpustakaan juga menerima pertanyaan rujukan dari luar organisasi seperti hospital lain atau agensi kerajaan yang lain.
Pameran Koleksi Terkini
Setiap koleksi baru yang diterima sama ada daripada pembelian mahupun sumbangan individu akan dipamerkan di sebuah rak di dalam perpustakaan.
Perkhidmatan Internet
Kakitangan hospital dibenarkan untuk menggunakan komputer yang disediakan di dalam bilik internet bagi tujuan pencarian ataupun perkongsian maklumat. Pengguna dilarang untuk mengakses ke laman web yang tidak dibenarkan.
Online Public Access Catalogue (OPAC)
OPAC merupakan satu perkhidmatan Perpustakaan Hospital Pulau Pinang bagi memudahkan pengguna untuk mengesan dan mencari koleksi perpustakaan dengan cepat, tepat dan ess OPAC di laman web ini. Namun begitu, perkhidmatan ini boleh diakses hanya di dalam hospital sahaja.
Pembaharuan (Atas Talian)
Perkhidmatan ini membolehkan pengguna memanjangkan lagi tempoh pinjaman sesebuah buku mahupun jurnal. Pengguna boleh menghubungi pihak perpustakaan menerusi telefon mahupun e-mel bagi membuat pembaharuan. Namun begitu, hanya sekali sahaja pembaharuan dibenarkan.
Infografik
Infografik disediakan bagi menarik minat pengguna untuk melihat/membaca maklumat berkenaan perkhidmatan perpustakaan ataupun yang berkaitan secara kreatif.
Selective Dissemination of Information (SDI) / Current Awareness Service (CAS)
Perkhidmatan Maklumat Terpilih (SDI) dan Perkhidmatan Kesedaran Semasa (CAS) juga disediakan untuk pengguna. Perkhidmatan ini akan memaklumkan pengguna mengenai sesuatu penemuan baru atau sesuatu maklumat semasa mengenai sesuatu bidang atau minat seorang pengguna.