Perkhidmatan u-Pustaka merupakan satu inovasi secara kolaboratif dari Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dengan sokongan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) serta ahli-ahli Konsortium u-Pustaka bagi menggalakkan aktiviti membaca dalam kalangan masyarakat.
Sila ke laman web https://www.u-library.gov.my/portal/ms/home untuk mengakses perkhidmatan ini.
Pelbagai judul e-Buku dalam bidang perkara umum.
Terdapat pelbagai judul e-buku, buku audio dan e-buku + buku audio (read along) di dalam portal PNM Overdrive.
Sebanyak 2 buah e-buku untuk tempoh selama seminggu.
Log masuk melalui Library Card Number (dari eb001 hingga eb999 atau dari pnm001 hingga pnm999) ATAU melalui akaun U-Pustaka.
Perkhidmatan peminjaman e-Buku (terbitan tempatan) secara dalam talian menerusi portal PNM ELib dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia dan e-Sentral
Ia menyediakan akses kepada 3,900 judul e-buku tempatan daripada pelbagai bidang perkara dan daripada penerbit tempatan yang terkemuka
Pengguna dibenarkan meminjam sebanyak 2 naskhah e-buku dalam satu masa di mana e-buku yang dipinjam akan dapat dibaca untuk tempoh selama 7 hari
Ookbee Buffet menyediakan akses kepada lebih dari 2,000 bahan bacaan digital termasuk surat khabar, majalah, novel dan buku.terbitan lebih daripada 15 penerbit ternama tempatan seperti Karangkraf, Nanyang Siang Pau, News Straits Times, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Fixi, Gempak Starz, PTS, dan Utusan Karya.
Tonton video Tutorial Akses Pangkalan Data Ookbee DI SINI.