Pembentang perlu memastikan perkara-perkara berikut:
Memastikan capaian internet berada pada tahap maksimum bagi mengelakkan sebarang gangguan semasa sesi pembentangan.
Memastikan peranti berada dalam keadaan yang baik (bateri penuh; kamera dan mikrofon berfungsi dengan baik).
Memastikan keadaan persekitaran dalam keadaan senyap dan tidak mengganggu sesi pembentangan (digalakkan berada dalam ruangan tertutup).
Memastikan keadaan persekitaran mempunyai pencahayaan yang cukup.
Memastikan slaid pembentangan telah dihantar kepada pihak urus setia.
Slaid pembentangan akan dikendalikan oleh pihak urus setia.
Berada dalam talian sekurang-kurangnya 15 minit lebih awal daripada sesi yang telah ditetapkan.
Menggunakan ID dengan nama sebenar sepanjang sesi berlangsung.
Membuka kamera sepanjang sesi berlangsung.
Jika menggunakan telefon bimbit, pastikan berada dalam mod senyap dan tidak menerima sebarang panggilan.