Heinich (2002) : Media atau medium bermakna saluran komunikasi. Istilah ini berasal daripada perkataan Latin bermaksud perantara. Media digunakan untuk membantu proses komunikasi.
Schram (1977) : Media merupakan teknologi pembawa maklumat yang dapat dimanfaatkan untuk keperluan pembelajaran.
Briggs (1970) : Media ialah alat untuk memberi perangsang kepada murid supaya berlaku proses pembelajaran.
Gagne (1970) : Media adalah pelbagai jenis komponen yang dapat meransang murid untuk belajar.
Heinich (2002) : Jika media membawa mesej tentang pengajaran, maka media tersebut digelar sebagai media pengajaran.
Ngui Kuan Sang (1989) : Pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pendengaran seseorang serta teknik-teknik pengajaran, termasuk proses pengalaman, persediaan dan perasaan. Ini merupakan satu pengalaman yang total.
Schram (1977) : Media pengajaran adalah teknologi pembawa pesan yang dapat dimanfaatkan untuk keperluan pengajaran.
Brown (1973) : Media pengajaran ialah sesuatu yang digunakan dalam kegiatan pengajaran yang dapat mempengaruhi keberkesanan pengajaran.
BAHAN BANTU PENGAJARAN
Noor Azlan dan Nurdalina (2010) : Bahan bantu mengajar memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap konsep yang diajarkan oleh guru. Penggunaan bahan bantu mengajar bukan sahaja meningkatkan kefahaman murid, malahan penggunaan bahan tersebut meningkatkan motivasi intrinsik dalam diri murid untuk terlibat secara aktif dalam aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan yang dilaksanakan oleh guru.
Omardin Ashaari (1999) : Bahan bantu mengajar dapat mengatasi pelbagai permasalahan yang berkaitan dengan pengajaran guru untuk meningkatkan kefahaman murid terhadap isi pembelajaran yang disampaikan.
Brown (1983) : Bahan bantu mengajar (BBM) atau alat bantuan mengajar (ABM) merupakan segala atau suatu kelengkapan yang digunakan oleh guru atau murid untuk membantu dalam menyampaikan pengajaran di bilik darjah.
Atan Long (1982) : Alat bantu mengajar terdiri daripada pelbagai bahan yang digunakan untuk membantu guru dan murid. Bahan ini diterbitkan dalam buku, carta atau slaid yang ditayangkan pada layar.
TEKNOLOGI PENDIDIKAN
Nasution (1987) : Teknologi pendidikan adalah media yang lahir dan perkembangan alat informasi yang digunakan untuk tujuan pendidikan.
ACT (1977) : Teknologi Pendidikan adalah proses kompleks yang terintegrasi meliputi orang, prosedur, gagasan, sarana, dan organisasi untuk menganalisis masalah dan merancang, melaksanakan, menilai dan mengelola pemecahan masalah dalam segala aspek belajar manusia.
Persatuan Teknologi Pendidikan Malaysia (1988) : Teknologi Pendidikan ialah proses yang kompleks dalam menganalisis keperluan pendidikan secara sistematik, saintifik, dan rasional bertujuan untuk mereka bentuk dan mengaplikasikannya secara sepadu idea, tenaga, sumber bahan, kaedah dan tatacara untuk mempertingkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Good (1973) : Teknologi Pendidikan ialah aplikasi prinsip-prinsip saintifik untuk membina sesuatu bagi menjalankan sistem pengajaran dan pembelajaran.
Crowell (1971) : Teknologi Pendidikan ialah gabungan manusia, idea, alat-alat, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada proses pendidikan.
TEKNOLOGI INSTRUKSI
Gagne, Briggs & Walter (1988) : Satu bidang yang mengandungi dua komponen, iaitu perancangan dan pembangunan instruksional yang sistematik. Ia adalah aplikasi teori dan lain-lain ilmu dalam pembangunan dan perlaksanaan pengajaran.
Ensiklopedia Teknologi Pendidikan (2008) : Suatu proses yang sistematik dan berulang untuk mereka bentuk instruksi atau latihan agar dapat meningkatkan prestasi. Ia bertujuan untuk menggalakkan penggunaa sistem, persekitaran, alat, produk dan strategi yang bijak untuk meningkatkan pembelajaran dan kecekapan manusia.