Media Pengajaran
Pemangkin Pendidikan.
Laman ini menyediakan maklumat dan input berkaitan penggunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran. Sebagai pendidik, konsep media pengajaran dan pembelajaran merupakan salah satu domain dalam teknologi pengajaran.
Pembelajaran murid berubah mengikut arus zaman. Marilah menyelami dan menerokai laman ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang media pengajaran dan pembelajaran yang boleh dilaksanakan dalam bilik darjah.
Hasil Pembelajaran
Setelah anda membaca dan menerokai laman ini, anda dapat :
Menyatakan pengertian media pengajaran.
Menerangkan paradigma perkembangan media pengajaran.
Menganalisis kategori & ciri-ciri pengalaman pembelajaran.
Membincangkan manfaat media pengajaran.
Merumuskan faktor-faktor mempengaruhi aplikasi media pengajaran.
Ujian dan cabaran dalam pembelajaran tidak pernah berhenti. Dugaan, mehnah dan tribulasi mendepani perubahan pendidikan. Mari tempuhi bersama.
Apakah faktor yang mempengaruhi aplikasi media pengajaran? Jom semak.