Solat ialah ibadah yang paling utama dalam Islam selepas syahadah. Ia digelar sebagai tiang agama kerana menjadi penentu sah atau tidaknya amalan seorang Muslim. Rasulullah SAW bersabda bahawa perbezaan antara orang beriman dengan kufur adalah solat. Maka, mempelajari fiqh solat sangat penting agar ibadah ini dilaksanakan dengan sempurna.
Solat merupakan satu ibadah istimewa yang menjadi nadi dalam kehidupan seorang muslim. Allah SWT mengangkat ibadah solat dengan kemuliaan pensyariatannya melalui peristiwa Israk dan Mikraj, di mana Rasulullah SAW menerima secara langsung daripada Allah SWT.
Hakikat penciptaan manusia dan seluruh makhluk di langit dan di bumi adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT sebagaimana firmannya dalam surah az-Zariat ayat 56 :
وَمَا خَلَقْتُ ٱلْجِنَّ وَٱلْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya: "Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. "
Terdapat pelbagai pandangan tentang definisi solat, namun pandangan yang lebih rajih (utama) ialah solat itu adalah doa kerana perkataan solat itu sendiri termasuk dalam pengertian doa, permohonan limpahan rahmat dari Allah SWT.
Syarat Sah Solat
Perkara asas yang mesti dipatuhi sebelum solat dimulakan. Jika syarat ini tidak dipenuhi, solat tidak dikira sah.
Rukun Solat
Perkara asas dalam solat yang wajib dilakukan, Jika ditinggalkan dengan sengaja atau tidak, solat tidak sah. Rukun solat terbahagi kepada 3 iaitu rukun Qalbi (hati) , rukun Qauli (lafaz/bacaan) , rukun Fi'li (perbuatan).
Perkara yang Membatalkan Solat
Perkara yang menyebabkan solat tidak sah jika berlaku semasa solat.
Tatacara pelaksanaan solat fardhu
Solat bukan sekadar ibadah, tetapi latihan mendidik diri. Ia mengajar umat Islam supaya menepati waktu, melatih jiwa dengan kesabaran dan kerendahan hati, serta menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia. Dalam kehidupan moden, solat juga menjadi benteng daripada tekanan dan pengaruh negatif, sekali gus memberi ketenangan hati dan kekuatan rohani.
“Solat adalah cahaya. Ia menerangi hati, menenangkan jiwa, dan memberi kekuatan menghadapi cabaran kehidupan.”