Tetuan Faiznur Ahmad Tarmizi Associates menyediakan perkhidmatan profesional seperti berikut :
1. Mewakili dan mengendalikan kes anak guam di dalam Mahkamah Syariah di Malaysia di bawah undang-undang kekeluargaan Islam sebagaimana berikut :
⚖️Kes Rayuan dan Semakan Kehakiman (Menurut kepada hierarki Mahkamah)
⚖️Tuntutan Ganti Rugi Pertunangan.
⚖️Permohonan Perkahwinan & Pengesahan dan Pendaftaran Nikah antaranya :
Permohonan Wali Hakim
Permohonan Kebenaran Poligami
Permohonan Pengesahan Nikah (Secara poligami)
Permohonan Pengesahan Nikah (Bukan poligami)
⚖️Permohonan Perceraian yang melibatkan permohonan cerai secara fast track, persetujuan bersama, fasakh dan takliq.
⚖️Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai (Bagi suami yang telah melafazkan cerai di luar Mahkamah)
⚖️Permohonan pengesahan lafaz ruju' (Bagi lafaz ruju' yang mempunyai pertikaian atau salah satu pihak tidak bersetuju dengan ruju')
⚖️Tuntutan Selepas Perceraian antaranya :
Hak Jagaan Anak (Hak Jagaan Kekal dan Hak Jagaan Sementara, Ubah Perintah Hak Jagaan Anak)
Nafkah Anak (Induk dan Interim Nafkah/Nafkah Sementara, Ubah Perintah Nafkah Anak)
Tunggakan Nafkah Anak
Harta Sepencarian
Muta'ah (Saguhati kepada isteri yang telah diceraikan)
Nafkah Iddah
Tunggakan Nafkah Isteri dan sebagainya yang relevan.
2. Permohonan berbangkit setelah Pengeluaran Perintah Mahkamah Syariah seperti Saman Penghutang Penghakiman (SPP) dan Permohonan Pengkomitan.
3. Mewakili dan mengendalikan kes anak guam di dalam Mahkamah Syariah di Malaysia melibatkan harta orang Islam :
⚖️Permohonan Faraid
⚖️Permohonan Pengesahan Wasiat
⚖️Permohonan Pengesahan Hibah
4. Menyediakan pliding dan dokumentasi kes Mahkamah Syariah dan menyediakan dokumentasi Suratcara Hibah dan Wasiat.