FAIZNUR AHMAD TARMIZI ASSOCIATES
(PEGUAM SYARIE)
(PEGUAM SYARIE)
🏢 Alamat/Ibu Pejabat:
TETUAN FAIZNUR AHMAD TARMIZI ASSOCIATES.
4.3 Tingkat 3, Kompleks KPPMS,
Lot 291 Jalan RU 3/9A, Seksyen 3,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
☎️ No. Telefon : 019 - 315 4251
(WhatsApp untuk janjitemu sesi konsultasi)
📱 WhatsApp: https://wa.me/60193154251
📧 E-mel: faiznurahmadtarmizi@yahoo.com
Tetuan Faiznur Ahmad Tarmizi Associates mempunyai tauliah sebagai Peguam Syarie untuk mengendalikan kes di dalam Mahkamah Syariah di negeri-negeri berikut :
⚖️ Negeri Selangor Darul Ehsan
⚖️ Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan)
⚖️ Negeri Sembilan Darul Khusus
⚖️ Melaka Bandaraya Bersejarah
⚖️ Perak Darul Ridzuan
⚖️ Kelantan Darul Naim
LATAR BELAKANG PEGUAM SYARIE
Faiznur binti Ahmad Tarmizi merupakan Peguam Syarie Utama di firma Tetuan Faiznur Ahmad Tarmizi Associates. Beliau berpengalaman mengendalikan kes hal ehwal kekeluargaan Islam dan harta orang Islam di dalam Mahkamah Syariah di Malaysia.
Selain bekerjaya sebagai Peguam Syarie di firma guaman beliau sendiri, beliau merupakan penceramah jemputan bagi kursus penyediaan Pliding dan Ikatan Autoriti di Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sejak tahun 2021. Tambahan, beliau merupakan Peguam Syarie Panel di bawah Klinik Guaman, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sejak tahun 2019 sehingga kini.
Beliau adalah Peguam Syarie yang berdaftar di bawah Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan memegang jawatan sebagai Penolong Setiausaha Persatuan Peguam Syarie Malaysia (Cawangan Selangor) untuk sesi 2023/2025.
Berpengalaman menulis artikel dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bersama Dr. Norsuhaida Che Musa, Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), USIM untuk slot KOLUMNIS dan telah disiarkan dalam Astro Awani online. Klik link untuk baca artikel : www.astroawani.com/berita-malaysia/kolumnis-aku-bebaskan-kamu-kita-berpisah-lafaz-cerai-ketika-pkp-apa-seterusnya-303693
Pada tahun 2023, beliau telah ditemu bual oleh wartawan Harian Metro untuk berkongsi pengalaman karier dan kes yang telah dikendalikan sejak berkecimpung dalam bidang guaman syarie. Klik link untuk baca berita : www.hmetro.com.my/WM/2023/11/1026776/kendali-kes-cerai-talak-5
SEBAHAGIAN REVIEW MENGENAI PERKHIDMATAN FIRMA TETUAN FAIZNUR AHMAD TARMIZI ASSOCIATES