SURAT PENGUMUMAN PEMBUKAAN PRA-TEMPAHAN JUALAN AYAM DAGING KONTRAK SYARIKAT PAPANUK FARM PROJEK AYAM DAGING TAHUN 2026
Syarikat Papanuk Farm dengan sukacitanya mengumumkan pembukaan jualan untuk bibit ayam DAGING kontrak Syarikat tahun 2026 atau lebih dikenali sebagai projek ayam daging (CF016) pada 24 MAC 2026 JAM 12.30 TENGAHARI.
• Setiap tempahan hendaklah dibuat dengan mengisi borang online di pautan:
PEMBUKAAN CF015 AKAN DIUMUMKAN DALAM GROUP CONTRACT FARMING BESERTA LINK TEMPAHAN PADA JAM 12.30 TENGAHARI
• Borang akan ditutup, sebaik sahaja pra-tempahan telah mencapai kuota 112,500KG ayam daging atau 300 lot tempahan.
Berikut adalah butiran penting dan syarat-syarat pembelian untuk Kuota Rizab Syarikat Papanuk Farm :
1. Pembelian terbuka kepada individu seperti berikut :-
• Berumur 18 tahun ke atas ; dan
• Warganegara Malaysia ; atau
• Individu berstatus penduduk tetap (PR); atau
• Bukan warga negara yang mempunyai akaun bank Malaysia.
2. Projek ini akan dilaksanakan selama 10 kitaran dan peserta projek akan mendapat keuntungan setiap kitaran. Pada bulan yang ke-10 modal akan dikembalikan berserta keuntungan.
3. Harga belian dan jualan :
3.1 Kuota jualan: 112,500kg ayam daging dan dibahagikan kepada 300 lot sahaja. Ini bermaksud setiap lot mempunyai 375kg ayam daging dengan harga belian RM3000 untuk 1 lot. Keuntungan bagi 1 lot RM150 setiap kitaran.
3.2 Harga belian 1 lot : RM3000 bersamaan 375kg ayam daging
3.3 Keuntungan 1 lot : RM150/Kitaran
4. Had pembelian:
4.1 Minimam : 1 lot
4.2 Maksima: 20 lot
5. Terhad 1 kontrak (1 tempahan) sahaja bagi setiap individu atau syarikat. Nombor Pre-Order akan dimaklumkan di dalam invoice belian sebelum waktu bayaran.
6. Pembelian dalam angka genap, tiada perpuluhan pada jumlah dan tiada sen pada jumlah Ringgit Malaysia.
7. Waktu Pra Tempahan :
Dibuka pada hari 24 MAC 2026 , mulai jam 12.30 tengahari waktu Malaysia dan ditutup apabila semua kuota habis ditempah. Manakala projek pula bermula pada 26 APRIL 2026
8. Baki stok kuota untuk pre-order akan dikemaskini dalam group Whatsapp dari masa ke semasa ketika Pra Tempahan dibuka.
9. Bayaran pre-order hendaklah dibuat pada seperti yang termaktub dalam borang A. Bayaran lewat 24 jam daripada tempoh masa yang ditetapkan akan membuatkan lot anda dibuka semula untuk dijual kepada orang lain.
10. Pemulangan bayaran modal akan dibuat dalam tempoh 10 hari bekerja selepas hari terakhir pembayaran keuntungan (kitaran ke 10).
11. Maklumat bank untuk tujuan pembayaran akan dimaklumkan sejam sebelum masa pembayaran.
12. Pembeli yang telah membuat pembayaran hendaklah mengisi BORANG MAKLUMAT SURAT PERJANJIAN yang boleh diperolehi daripada Pengurus Projek / Ejen masing-masing. Bagi sesiapa yang sudah menjadi ahli projek terdahului layak menjadi Ejen dengan bayaran komisyen RM20/lot sepanjang tempoh projek berjalan (10 kitaran)
Sila hubungi pengurus projek/ejen masing² untuk urusan pembelian dan pertanyaan. Terima kasih kerana berkongsi rezeki dengan kami. Sekian.
CONTOH BORANG A
CONTOH BORANG B
CONTOH BORANG C
CONTOH INVOICE
CONTOH SURAT PERJANJIAN
CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN
SELEPAS MEMAHAMI PENERANGAN PROJEK, ANDA PERLU KLIK LINK PRE-ORDER UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN LOT : https://forms.gle/kJXMyvMZZN6upNoQ7
ANDA PERLU MENUNGGU 24 JAM UNTUK ADMIN KAMI MENYEDIAKAN BORANG A, BORANG B, BORANG C , INVOIS SERTA SURAT PERJANJIAN.
SETELAH ANDA MENERIMA INVOIS, ANDA BOLEH MEMBUAT BAYARAN SEGERA KEPADA AKAUN PAPANUK FARM SAHAJA (JANGAN MEMBUAT APA-APA PEMBAYARAN SELAIN DARIPADA AKAUN PAPANUK FARM)
PERINGATAN! LOT HANYA AKAN MENJADI MILIK PESERTA SEKIRANYA MEMBUAT PEMBAYARAN PENUH BAGI MENGELAKKAN JOY-BOOKING DAN MENGELAKKAN LOT YANG TELAH DITEMPAH DIBUKA SEMULA KEPADA PESERTA YANG LAIN.
ANDA PERLU MENGHANTAR RESIT PEMBAYARAN KEPADA ADMIN KAMI DAN MELENGKAPKAN SEMUA BORANG SEBELUM TARIKH TUTUP PROJEK.