Bisnes guna konsep ‘Contract Farming’; anda beli ayam daging hidup di ladang kemudian dijual kepada pemborong sedia ada.
Ternakan dan pemasaran diuruskan oleh syarikat penternak – cukup tempoh anda menerima keuntungan bergantung pada harga semasa ayam hidup. Baca penjelasan lanjut mengenai ladang kontrak di pautan ini.
Satu tempoh kontrak adalah 40 HARI iaitu tempoh Harvest. Tempoh kontrak 12 kali bermakna anda akan terima keuntungan sebanyak 10 kali pada setiap hujung tempoh Harvest. Selepas tamat sesuatu tempoh Harvest, reban perlu dicuci dan mengambil masa 5 hari, sebelum anak ayam baru dimasukkan
Modal peserta akan DIPULANGKAN bersama keuntungan pada tempoh kontrak yang terakhir. Anda juga boleh membuat kontrak baharu pembelian ayam dengan syarikat.
Jumlah modal yang perlu bergantung kepada berapa kg ayam hidup yang anda ingin dibeli. Harga untuk 1 kg ayam hidup bergantung kpd pasaran semasa. Contoh harga ayam hidup adalah RM6.60/kg. Tuan ingin beli 1000kg, bermakna modal diperlukan adalah RM6.60 x 1,000kg = RM6,600.00.
Modal hanya perlu dibayar SEKALI SAHAJA sepanjang tempoh kontrak. dan akan DIPULANGKAN bersama pembayaran keuntungan kontrak terakhir. Modal minimum untuk pembelian ayam kontrak ladang dalam anggaran RM1,000.00 sahaja (bergantung kepada harga semasa).
Boleh melawat ladang ternakan ayam dengan ditemani ejen atau pengurus projek kami. Lawatan ladang hanya boleh dibuat pada 2 keadaan sahaja.
Ketika tempoh cuci reban
Pada hari harvest
Ini adalah bertujuan sebagai langkah-langkah biosekuriti ladang ternakan. BIOSEKURITI bermaksud langkah-langkah atau tindakan untuk menghalang sesuatu ladang / premis ternakan dari kemasukkan, kemunculan, “establishing” atau sebaran sesuatu penyakit.