Search this site
Embedded Files
Papanuk Farm
  • Laman Utama
  • Profil Syarikat
  • Joint Venture
  • Contract Farming
  • SDS Freshmart
  • Galeri
  • FAQ
Papanuk Farm
  • Laman Utama
  • Profil Syarikat
  • Joint Venture
  • Contract Farming
  • SDS Freshmart
  • Galeri
  • FAQ
  • More
    • Laman Utama
    • Profil Syarikat
    • Joint Venture
    • Contract Farming
    • SDS Freshmart
    • Galeri
    • FAQ

 PAPANUK FARM

'MEAT & EGG'

Hubungi Kami Di
Joint Venture - 014-5080585 (Sandra)
Pembelian Baja, Bibit dan Ubatan Ayam - 019-970 0585 (Bibiey)


PENERANGAN PROJEK

1. KITARAN /PUSINGAN BISNES SEBULAN 

1.1 Satu kitaran pembesaran ayam ini adalah 40 hari. 35 hari adalah tempoh perindukan dan pembesaran, manakala 5 hari adalah tempoh pengurusan dan pembersihan Ladang untuk membolehkan anak ayam masuk pada hari ke 40. 


2. PAKEJ JUALAN LOT 


2.1 Papanuk Farm telah membuat pakej belian kepada peserta iaitu dilabelkan sebagai lot. Setiap lot bermodalkan RM3000 iaitu bersamaan dengan 375kg berat ayam bersih

2.2 Minimum pembelian ayam ladang kontrak ini adalah sebanyak 1 lot iaitu 375kg mengikut harga yang ditawarkan ketika itu. 

2.3 Pembelian maksimum kontrak ladang tidak melebihi dari nilai RM60,000.00 bergantung kepada harga semasa. Walaupun begitu pembelian melebihi jumlah itu boleh dipertimbangkan oleh syarikat. Minimum dan maksimum pembelian boleh berubah dari masa ke semasa.


3. KIRAAN KEUNTUNGAN 


3.1 Keuntungan yang diberi berdasarkan PERKONGSIAN KEUNTUNGAN di mana hasil jualan  ayam setiap pusingan akan diberikan sama rata di atas pemilikan lot yang telah dibeli iaitu 1 lot bernilai RM3000 bersamaan 375kg. Setiap 1 lot membawa keuntungan RM150 1 kitaran dan berlangsung selama 10 kitaran. Pada kitaran yang ke-10, keuntungan sebanyak RM150 pada kitaran tersebut serta modal RM3000 akan dikembalikan. 

3.2 Perkiraan modal dan keuntungan : RM150 x Lot = Nilai Keuntungan 

4. SURAT PERJANJIAN 

4.1 Setiap PEMBELI akan terikat dalam satu perjanjian dengan PAPANUK FARM untuk satu tempoh tidak melebihi 10 pusingan penjualan ayam daging tersebut. Tarikh bagi setiap pusingan terkandung dalam dokumen perjanjian masing-masing. 

Salah Satu Peserta JV terbaharu Sign Perjanjian Bersama Papanuk Farm

5. PERKARA LUAR JANGKA 

5.1 Sekiranya peserta meninggal dunia dalam tempoh perjanjian kontrak ini. Keuntungan akan diberikan kepada waris anda seperti yang didaftarkan dalam dokumen perjanjian masing-masing. Waris boleh menuntut dengan melampirkan sijil kematian peserta kepada PAPANUK FARM serta salinan dokumen perjanjian.

5.2 Waris hanya boleh menuntut pembayaran yang sepatutnya diberikan kepada penama utama dalam perjanjian ini setelah penama utama meninggal dunia.


6. PEMBATALAN PROJEK 

6.1 Pembatalan kontrak ketika perjanjian masih aktif. ANDA boleh menarik diri ketika kontrak masih aktif. Manakala modal belian anda akan dipulangkan dengan potongan 20%.

6.2 Jika ladang ternak ditimpa musibah bencana seperti penyakit, kebakaran, banjir dan sebagainya hingga menyebabkan kerugian atau kekurangan hasil. Kerugian ini adalah ditanggung sepenuhnya oleh pihak PAPANUK FARM. 

6.3 Manakala di pihak peserta pula akan tertangguh hasil keuntungan yang sepatutnya diterima ketika itu. Sekiranya pada ketika tarikh JUALAN anda berlaku bencana, maka tarikh JUALAN tersebut akan ditunda ke tarikh baharu iaitu 40 hari selepas tarikh JUALAN yang sepatutnya seperti yang dinyatakan dalam dokumen perjanjian masing-masing. 

6.4 Sekiranya syarikat gagal meneruskan projek penjualan ayam daging atas sebab-sebab halangan yang ada, seperti gagal memberikan keuntungan yang terkandung dalam dokumen perjanjian pada klausa 14 yang mana wang modal anda akan dipulangkan dengan tambahan 15% pada penghabisan kitaran ke-10

7. LOKASI DAN KEDUDUKAN KANDANG

7.1 PAPANUK FARM hanya sebagai penternak di ladang sendiri atau yang disewa secara kontrak dan Joint Venture (JV). Kedudukan ladang tersebut di Sabah dan Sarawak akan berubah atau bertambah dari masa ke semasa.

ANTARA KANDANG YANG TERLIBAT DENGAN JV BERSAMA PAPANUK FARM

8. LESEN PENTERNAKAN 

8.1 Lesen Pembekal Unggas (Ayam daging) hanya dikeluarkan untuk pemilik ladang sahaja oleh Jabatan Veterinar Negeri. Manakala Papanuk Farm hanya menyewa atau JV dengan pemilik ladang (jika perlu menyewa)

Bergambar Bersama Pegawai FAMA dihadapan HQ PAPANUK FARM

9. KELEBIHAN KEPADA PESERTA PROJEK

  1. Tidak perlu membuat pengurusan ladang. Semua pengurusan jual beli ayam diuruskan oleh Papanuk Farm.

  2. Tidak ada tanggungan kerugian 

  3. Keuntungan tetap setiap kitaran 

  4. Modal dikembalikan selepas tamat kontrak

  5. Tidak perlu mengurus dokumen permit dan penghantaran 

  6. Tidak perlu membuat strategi pemasaran dan penjualan 

  7. 50% keuntungan dalam tempoh 10 kitaran

CARA UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN

  1. SELEPAS MEMAHAMI PENERANGAN PROJEK, ANDA PERLU KLIK LINK PRE-ORDER UNTUK MEMBUAT TEMPAHAN LOT :
    https://forms.gle/aUGUR1xLTqndesZc7

  2. ANDA PERLU MENUNGGU 24 JAM UNTUK ADMIN KAMI MENYEDIAKAN BORANG A, BORANG B, BORANG C , INVOIS SERTA SURAT PERJANJIAN.

  3. SETELAH ANDA MENERIMA INVOIS, ANDA BOLEH MEMBUAT BAYARAN SEGERA KEPADA AKAUN PAPANUK FARM SAHAJA (JANGAN MEMBUAT APA-APA PEMBAYARAN SELAIN DARIPADA AKAUN PAPANUK FARM)

  4. PERINGATAN! LOT HANYA AKAN MENJADI MILIK PESERTA SEKIRANYA MEMBUAT PEMBAYARAN PENUH BAGI MENGELAKKAN JOY-BOOKING DAN MENGELAKKAN LOT YANG TELAH DITEMPAH DIBUKA SEMULA KEPADA PESERTA YANG LAIN.

  5. ANDA PERLU MENGHANTAR RESIT PEMBAYARAN KEPADA ADMIN KAMI DAN MELENGKAPKAN SEMUA BORANG SEBELUM TARIKH TUTUP PROJEK.

PENGUMUMAN PEMBUKAAN PROJEK

KEMBALI KE LAMAN UTAMA

Phone: 014-508 0585 (Sandra)
            019-970 0585 (Bibiey) 

Hours: Opens 8 am - 5 pm

Location : Papanuk Farm,Lot DBKK No.17,Lot No 49,Bandar Sierra Bizhub,88450 Kota Kinabalu,Sabah.

Email : papanukfarm@gmail.com

LinkTikTokLinkLink
Google Sites
Report abuse
Page details
Page updated
Google Sites
Report abuse