APAKAH KONSEP KONTRAK LADANG ?
Siapakah INTEGRATOR ini?
Apakah peranan saya di dalam integrasi ayam daging ini sebagai seorang penternak?
•Peranan anda ialah memelihara anak-anak ayam dengan makanan dan lain-lain input yang telah dibekalkan oleh integrator kepada anda.
• Tetapi sebelum anda dibekalkan dengan segala input yang disebutkan, anda mestilah menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator terlebih dahulu.
Kenapa berkontrak?
•Penternak hendaklah bersetuju memelihara anak-anak ayam dengan menggunakan makanan/ubat-ubatan dan mematuhi syarat-syarat dan nasihat yang diberikan oleh integrator.
•Harga anak ayam dan makanan termasuk harga ayam akan ditetapkan. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat dan harga anak ayam, makanan dan harga ayam daging yang akan dibeli semula oleh integrator, anda akan diminta menandatangani surat perjanjian atau kontrak dengan pihak integrator.
Apakah kebaikan menyertai kontrak ini daripada menternak ayam sendirian?
•Anda tidak memerlukan modal yang banyak untuk memulakan projek. Anda cuma perlu membiayai pembinaan reban dan peralatan serta bekalan api dan air.
•Sebagai seorang penternak kontrak, anda tidak perlu bimbang ke mana ayam daging anda yang telah cukup umur dan beratnya hendak dijual. Ini kerana pihak integrator akan membeli semula ayam-ayam daging yang telah anda pelihara.
•Masalah turun naik harga yang sentiasa berlaku tidak akan menjejaskan anda. Anda akan dibayar dengan harga di ladang yang telah ditetapkan seperti yang terdapat di dalam kontrak anda dengan pihak integrator.
•Bekalan anak ayam, makanan, ubat-ubatan dibekalkan kepada anda secara kredit. Input-input ini akan dibayar kepada integrator selepas ayam anda dijual kepada integrator tersebut.
•Apabila kontrak telah ditandatangani dan reban serta peralatan-peralatan lain telah disediakan, anak ayam dan makanan akan terus dihantar ke reban anda.
Berapa lamakah satu-satu kontrak tersebut?
•Ada yang mengikat kontrak untuk 2 tahun iaitu 10 kitaran. Tetapi, jika anda seorang penternak yang baik dari segi prestasi pemeliharaan ayam daging tersebut, kontrak tersebut boleh diperbaharui selepas ia tamat.
•Tetapi jika anda didapati tidak memelihara ayam-ayam daging dengan baik dan selalu cuai dan rugi, kontrak anda boleh dibatalkan bila-bila masa oleh pihak integrator.