Selaras dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), terikat dengan Peraturan - Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan & Pengurusan) 2015. PPPS1 bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan pangsapuri ini walaupun setelah pangsapuri terjual dan diduduki penghuni.
Adalah menjadi kewajipan semua pembeli membayar caj penyelenggaraan dan caruman kepada wang penjelas (Seksyen 25(1), Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757]).
Sekiranya ada pembeli yang enggan membayar caj penyenggaraan, PPPS1 melalui AJK hendaklah memberikan notis 14 hari untuk pembeli membayar caj tersebut. Jika pembeli masih gagal membayar, PPPS1 perlu mengemukakan notis 14 hari sekali lagi menuntut bayaran tersebut. Selepas tempoh yang diberikan, pembeli masih gagal atau enggan membayar caj penyenggaraan yang tertunggak, PPPS1 boleh meneruskan prosiding mahkamah untuk menuntut bayaran tersebut.
Kebersihan Umum
Kebersihan Blok Kediaman
Kebersihan Rumah Sampah
Pemantauan Fungsi Lampu
Penyelenggaran Fasiliti/Aset
Pembersihan Lantai
Pemotongan Rumput
Pembersihan Pagar
Pemilik, penduduk dan penyewa boleh membuat pembayaran yuran penyelenggaraan melalui cara berikut;
Tunai & Cek – Datang terus ke Pejabat Pengurusan dan resit rasmi akan terus dikeluarkan kecuali Cek Tertunda/Post dated cheque. Resit rasmi Cek Tertunda/Post dated cheque hanya akan dikeluarkan mengikut tarikh cek.
Pos Cek – Resit rasmi akan dikeluarkan pada tarikh cek diterima dan resit tersebut akan diberikan secara softcopy atau dipos ke alamat surat-menyurat pemilik. (Sila sertakan bersama RM 0.50 komisyen bank/ bank commission untuk cek luar daerah/outstation cheque)
Wang Pos – resit akan dihantar ke alamat surat-menyurat pemilik.
Online Banking – Pembayaran boleh dilakukan di Maybank Bank kaunter, Mesin ATM dan Online Banking menerusi Maybank akaun nombor : 558163541833 di atas nama "Perbadanan Pengurusan PS1". Transaksi slip harus dihantar kepada pihak kami menerusi email kepada samudera12017@gmail.com.
Setiap transaksi sila nyatakan Nama Penuh, Nombor Telefon, Nombor Unit dan Blok anda.
“MEMBAYAR YURAN PENYELENGGARAAN ADALAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA”
Seksyen 25(1), Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757)