MESYUARAT AGUNG TAHUNAN / LUAR BIASA
(AGM) / (EGM)
(AGM) / (EGM)
Selaras dengan Akta Pengurusan Strata 2013 (Akta 757), terikat dengan Peraturan - Peraturan Pengurusan Strata (Penyenggaraan & Pengurusan) 2015. PPPS1 bertanggungjawab mengurus, mentadbir dan menyelenggarakan pangsapuri ini walaupun setelah pangsapuri terjual dan diduduki penghuni.
Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) membincangkan hal bilangan AJK, peruntukan bajet tahunan serta menimbangkan perkara berkaitan urus tadbir PS1 dan dilaksanakan hanya setahun sekali.
Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) adalah mana-mana mesyuarat agung pemilikan yang bukan AGM. EGM dilaksanakan berdasarkan permohonan bertulis daripada 1/4 unit syer agregat, Arahan COB atau Mengikut keperluan berdasarkan keperluan.
Kehadiran semua pemilik rumah adalah wajib dan sekiranya tidak hadir wajib mewakili penyewa untuk turut serta menghadiri mesyuarat dengan menggunakan Borang Proksi sebagai dokumen wakil hadir melainkan terdapat perkara yang tidak dapat dielakkan. Borang Proksi perlu diserahkan ke Pejabat Pengurusan tidak kurang daripada 48 jam (2 hari) tarikh mesyuarat diadakan.
Borang Usul disediakan untuk segala perkara yang diketengahkan oleh pemilik rumah untuk dimasukkan dalam agenda mesyuarat agung. Borang Usul perlu diserahkan ke Pejabat Pengurusan tidak kurang daripada 7 hari tarikh mesyuarat diadakan.
Sila emailkan atau hantar terus kepada:
PEJABAT PENGURUSAN, PANGSAPURI SAMUDERA 1, JALAN VENICE RAYA 2, 32040 SERI MANJUNG, PERAK DARUL RIDZUAN.
Tel: 0111-0994967
E-mail: samudera12017@gmail.com
(MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPPS1 / 14 DISEMBER 2024)
(MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PPPS1 / 16 DISEMBER 2023)
(MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA PPPS1 / 6 MEI 2023)
(MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PENUBUHAN PERBADANAN PENGURUSAN PS1 / 24 SEPTEMBER 2022)
(MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA PS1 / 14 NOVEMBER 2021)
LAPORAN KAJI SELIDIK MENGENAI PEMBANGUNAN KESEJAHTERAAN DAN KEHARMONIAN KOMUNITI
KEWANGAN AKAUN CAJ WANG PENJELAS (SINKING FUND)
(06/05/2023)
SENARAI KELAYAKAN MENGUNDI
WAJIB BACA SEBELUM JOIN
KEMASKINI PEMBAYARAN MF SEHINGGA 28 APRIL 2023 (7 HARI SEBELUM EGM)APLIKASI ZOOM (ONLINE)