Pengenalan

PERENGGAN 1

PERENGGAN 2

PERENGGAN 3

PERENGGAN 4

PERENGGAN 5

PENERANGAN

Perenggan 1: 

Anda perlu menjelaskan tentang nama perniagaan anda. Anda perlu memasukkan maklumat seperti perniagaan yang berasaskan sukan, peralatan dan item yang dijual di kedai anda dan pelbagai maklumat perniagaan seperti jenis perniagaan, alamat, kod SSM dan nama pemilik.


Perenggan 2: 

Anda perlu menjelaskan tentang alasan untuk memilih dan menjual perniagaan yang berasaskan sukan dan dua program latihan yang diambil oleh pemilik sendiri. Kebiasaannya, kelebihan untuk memilih perniagaan berasaskan sukan ialah mendapat permintaan yang tinggi dan kos yang rendah. Bagi program latihan, anda boleh merujuk kertas soalan muka surat 4 - 9.2.


Perenggan 3: 

Anda perlu menerangkan alasan dan tujuan untuk penyediaan rancangan perniagaan. Anda boleh merujuk buku teks muka surat 198 sebagai rujukan untuk menerangkan tujuan bagi penyediaan rancangan perniagaan. Penerangan adalah diperlukan. 


Perenggan 4: 

Dengan merujuk kertas soalan muka surat 3, iaitu 7.0, nyatakan jumlah pinjaman yang diperlukan oleh perniagaan anda bersama-sama dengan nama skim dan agensinya. 


Perenggan 5: 

Anda perlu memberitahu alasan dan sebab tentang alasan meminjam di bawah skim yang disediakan oleh agensi tersebut. Kebiasaanya adalah faedah yang rendah dan tempoh pembiayaan yang panjang. Anda juga perlu menjelaskan tentang tujuan untuk memohon pinjaman iaitu perniagaan akan membuat apa selepas mendapat pinjaman tersebut.