Ringkasan Eksekutif

PERENGGAN 1

PERENGGAN 2

PERENGGAN 3

PERENGGAN 4

PERENGGAN 5

PENERANGAN

Perenggan 1: 

Anda perlu menjelaskan tentang nama perniagaan anda. Anda perlu memasukkan maklumat seperti perniagaan yang berasaskan sukan, peralatan dan item yang dijual di kedai anda dan 3 kelebihan produk yang dijual. Kebiasaannya, kualiti, harga dan permintaan merupakan aspek penting dalam kelebihan.


Perenggan 2: 

Anda perlu menjelaskan visi, misi dan objektif perniagaan anda. Untuk kefahaman anda, visi dan misi merupakan harapan bagi sesuatu perniagaan untuk mencapai dan memastikan sentiasa dapat dijalankan dengan baik manakala objektif merupakan harapan tahunan. Objektif adalah kemungkinan boleh menukar setiap tahun atau sesuatu tempoh masa manakala visi dan misi adalah tidak boleh. Selain itu, anda juga perlu menjelaskan pemilik perniagaan dan amaun pekerja dalam perniagaan tersebut.


Perenggan 3

Anda perlu menjelaskan perniagaan beroperasi selama berapa hari dalam setahun. Anda perlu menjelaskan pada hari apa (ISNIN - AHAD), beroperasi pada pukul berapa (Jam berapa hingga berapa). Selain itu, anda juga perlu menjelaskan tentang perniagaan akan cuti pada hari apa atau perayaan apa? Kebiasaanya, perniagaan akan cuti pada cuti umum seperti perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri, Hari Deepavali dan lain-lain. 


Perenggan 4

Anda perlu menjelaskan bagaimanakah promosi atau teknik pemasaran yang telah dijalankan oleh perniagaan anda. Bagi halaman web dan aplikasi dalam talian, anda wajib tulis dengan laman web iaitu [https://www.abcdefg.com] dan nama aplikasi [ABCDEFG APPS].


Perenggan 5

Anda perlu menjelaskan perniagaan anda ingin menambah keperluan modal dan meminjam (amaun) di bawah (nama skim) yang disediakan oleh agensi (nama agensi). Anda juga perlu menerangkan skim dengan jelas dan menjelaskan tentang berapa amaun yang dipinjam dibahagi kepada lengkapan dan bank.