Penyelesaian Hutang Bermula Dengan Langkah Yang Betul
Menghadapi masalah hutang tertunggak, akaun dibekukan, disenarai hitam (blacklist), atau telah diisytiharkan bankrap?
Jangan hadapi semuanya bersendirian. Masih ada jalan penyelesaian yang sah dan teratur mengikut undang-undang di Malaysia.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera!
Selamat datang!
Saya Puan Nafisah yang lebih dikenali dengan panggilan mesra KakNas. Mempunyai lebih 35 tahun merangkumi pengalaman hidup dan kerjaya didalam bidang yang berkaitan pendidikan, perbankan dan firma guaman (Litigasi & Hartanah) yang kebanyakkannya berkaitan Hutang dan Isu Bankrap. Pengalaman ini banyak membantu saya dalam menguruskan rundingan penyelesaian hutang dan segala yang berkaitan isu kebankrapan.
Saya juga merupakan salah seorang Perunding di YN PROPERTY & NETWORK SERVICES dari awal tertubuhnya syarikat ini pada 13 Jun 2015 sehinggalah syarikat ini memberhentikan sendiri operasinya pada awal tahun 2026 iaitu pada 16 Januari, 2026 setelah hampir 11 tahun beroperasi atas sebab pemiliknya tidak sihat. Oleh kerana itu dan rasa tanggungjawab saya yang belum selesai lagi ini, saya tetap meneruskan usaha saya sebagai Perunding Penyelesaian Hutang & Isu Bankrap ini secara FREELANCE pula tanpa di bawah mana2 syarikat dan berlokasi di Kuala Lumpur dan di Bidor (Ibu Pejabat).
Pernah juga menghadapi masalah hutang di awal kerjaya, tak kisah lah apa alasan berhutang tu, semua orang berhutang cuma pengurusan hutang tu mengikut kepandaian masing2 (Ini realiti bukan rekaan semata, dan saya pasti ramai yang sedang menghadapi situasi macam ni sekarang) Jadi, sama-samalah kita belajar untuk menjadi lebih baik dari semalam dan mengelak kesilapan yang sama.
Bersyukurlah kita ditemukan. Wasap KakNas, KLIK SINI
Dulu KakNas tiada tempat untuk dirujuk. Minta tolong orang pun, lain je yang jadi. Tak apalah itu dulu. Jadi KakNas tak nak mereka yang bermasalah hutang atau bankrap ni terkontang kanting sendirian dalam menangani masalah ini.
Jaga kerja jika masih bekerja. Jangan takut, malu atau tertekan sangat dengan ugutan atau sebarang unsur yang berkaitan hutang ini. Ini hutang je... Ingat ni tau! Insyaallah pasti ada jalan penyelesaian. KakNas dulu banyak sangat buat silap jika difikir2kan balik. Itu yang KakNas tak nak korang buat kesilapan yang sama. Tapi Alhamdulillah apa yang KakNas lalui dulu adalah sangat indah. Allah sayangkan KakNas. Terima kasih Ya Allah.
Tak perlu malu, segan, pening, takut, tertekan sangat dengan segala isu yang berkaitan hutang dan bankrap ini. Perlu berani dan teruskan usaha! Jangan Mengalah & Putus Asa. Kita sendiri yang perlu menyelesaikan, tiada orang lain yang ingin membantu. Jika ada, hati2lah! Ini sekadar mengingatkan sahaja.
Jangan juga hanya mengeluh tanpa berbuat sesuatu. Masalah tidak akan selesai tanpa tindakan. Tindakan dan usaha mestilah di tempat yang betul barulah akan membuahkan hasil.
TIADA JALAN SINGKAT UNTUK KELUAR DARI SEMUA INI:
Apabila mula diganggu Bank/Pemungut Hutang siang dan malam
Akaun Kena Block? Gaji pun tak sempat keluar lagi
Terima Surat Saman Bank?
Gaji tiap-tiap bulan tak cukup, tinggal sikit?
Dah join Program AKPK pun tak jalan, kena pula Terminate (Batal)
Kalau dah terima NOTIS BANKRAP sekalipun, jangan panik
Begitu juga jika dah terima PETISYEN PEMIUTANG, jika mampu... kita usahakan, jika tak mampu... REDHA
Jika dah BANKRAP pun, bukanlah jalan MATI. Ingat ni! BUKAN HIDUP KITA TERHENTI KAT SITU. Malah sebenarnya itulah peluang untuk kita berubah dan menjadi lebih baik dari semua segi.
Kenapa Memilih Perkhidmatan Saya?
100% Sulit & Rahsia
Segala dokumen, jumlah hutang dan maklumat peribadi anda dilindungi sepenuhnya.
Pendekatan Kekeluargaan
Saya faham perasaan dan tekanan mental yang anda hadapi akibat ganguan dari Bank/Pemiutang/Pemungut Hutang. Saya akan mendengar dengan sebaiknya dan membantu meringankan tekanan itu. Pendekatan yang amat profesional tapi kekeluargaan.
Penjelasan, Nasihat & Tunjukajar
Penyelesaian yang diberikan berpandukan sistem kewangan serta undang-undang Insolvensi Malaysia yang sah dan Tatacara Penyediaan Dokumen Pembatalan adalah mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak Mahkamah.
Berpengalaman, cekap & teratur
Berpengalaman lebih 35 tahun dalam bidang ini dengan pengetahuan dan kemahiran yang luas. Cekap menyelesaikan urusan secara tersusun dan teratur dalam setiap tugasan.
PENAFIAN PENTING (DISCLAIMER):
Saya adalah Perunding Bebas (Freelance).
Perkhidmatan ini tidak sama sekali bergabung atau mewakili dan bukan kakitangan rasmi AKPK / Jabatan Insolvensi Malaysia / pihak Mahkamah.
Segala panduan dan khidmat yang diberikan berdasarkan pada pengalaman hidup dan kerjaya selama lebih 35 tahun di bidang yang berkaitan serta dari analisis profil kewangan individu dengan kebenaran individu tersebut.