1. Umum & Konsultasi
S: Apakah perkhidmatan utama yang pihak puan sediakan?
J: Menyediakan khidmat rundingan dengan berunding dengan pihak bank, menangguhkan tindakan mahkamah, dan menyelesaikan sebarang isu status muflis/bankrap (Jika diperlukan).
S: Adakah maklumat peribadi dan kewangan saya dirahsiakan?
J: Ya mestilah, 100%. Semua maklumat, dokumen, dan butiran perbincangan anda adalah tertakluk di bawah polisi kerahsiaan yang ketat dan tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga tanpa izin anda.
S: Bagaimanakah cara untuk saya memulakan sesi konsultasi?
J: Anda boleh mengisi borang Maklumat Analisis Masalah Anda ini disini (SILA KLIK UNTUK ISI BORANG) ATAU terus menghubungi saya terus melalui WhatsApp 011-18728509 untuk sesi penilaian awal secara percuma.
S: Adakah Urusan Awal ini dikenakan bayaran?
J: Tidak. Urusan Awal ini Percuma. Tujuannya adalah untuk meniliti, menganalisi dan memahami situasi kewangan anda sebelum sebarang cadangan diberikan. Kemudian Terpulang pada anda untuk membuat tindakan selanjutnya.
S: Saya mempunyai banyak hutang dan tidak mampu membayar semua. Apa yang perlu saya lakukan?
J: Jangan panik dan jangan mengabaikan masalah hutang. Langkah pertama adalah dapatkan penjelasan PERCUMA dari perunding hutang iaitu sayalah untuk saya mengenal pasti pilihan penyelesaian yang sesuai dengan kemampuan anda. Tapi yang UTAMA, Anda perlu terus berusaha jika ada NIAT nak bayar hutang itu. "HUTANG TETAP WAJIB DIBAYAR".
S: Saya sudah berada dalam program AKPK tetapi masih menghadapi kesukaran. Kini tunggu masa sahaja keahlian saya dibatalkan (Terminate) kerana tidak lagi mampu meneruskan pembayaran. Apa yang boleh saya lakukan?
J: Terdapat beberapa cadangan yang boleh dipertimbangkan bergantung kepada keadaan semasa. Penitian dan Semakan terperinci diperlukan bagi mengenal pasti langkah yang sesuai.
S: Siapakah yang layak mendapatkan khidmat Nasihat ini?
J: Khidmat Nasihat ini terbuka kepada semua Rakyat Malaysia yang berniat untuk membayar hutang tetapi ingin mendapatkan pengurangan terbaik dan cara pembayaran bulanan yang lebih berkemampuan untuk diselesakan secara ansuran bulanan atau penyelesaian penuh dan muktamad.
S: Adakah pihak puan boleh membantu mengurangkan jumlah hutang saya?
J: Ya Insyaallah. Melalui rundingan profesional, saya akan merundingkan untuk pengurangan bayaran ansuran bulanan atau mendapatkan jumlah penyelesaian penuh yang terbaik yang lebih rendah dari tuntutan asal mengikut kemampuan anda dan ianya telah terbukti berjaya mengikut pertimbangan dan persetujuan kedua-dua pihak.
S: Bolehkah perkhidmatan ini menghentikan panggilan gangguan daripada pengutip hutang (debt collector)?
J: Sebaik sahaja urusan rundingan dimulakan, pihak pemiutang atau agensi pengutipan hutang akan menghentikan sebarang tindakan sehingga persetujuan bersama termeterai mengikut saluran undang-undang yang sah.
S: Berapakah had minimum hutang untuk saya mendapatkan Khidmat Nasihat ini?
J: Tiada had minimum jumlah hutang yang mana memberi tekanan dan membebankan peminjam merangkumi semua jenis pinjaman di Institusi Perbankan di Malaysia sahaja.
2. Isu Kebankrapan
S: Apakah jumlah hutang minimum yang boleh menyebabkan seseorang diisytiharkan bankrap?
J: Mengikut undang-undang semasa di Malaysia, pihak bank atau pemiutang boleh memfailkan tindakan bankrap sekiranya jumlah hutang tertunggak mencecah RM100,000 dan ke atas.
S: Saya sudah menerima Notis Kebankrapan. Apa yang perlu saya lakukan?
J: Jangan abaikan notis tersebut atau sebarang tindakan mahkamah yang diterima. Anda mempunyai tempoh masa yang terhad untuk bertindak. Segera hubungi kami untuk kami semak dokumen tersebut dan merangka pelan rundingan penyelesaian bagi menghalang perintah bankrap dikeluarkan atau sebarang tindakan mahkamah diteruskan.
S: Bagaimana jika saya sudah pun disahkan bankrap? Bolehkah status ini dipulihkan?
J: Ya, boleh samada melalui Perintah Pembatalan di Mahkamah atau Perlepasan bankrap melalui Sijil Ketua Pengarah Insolvensi (KPI) mengikut kelayakan dan kemampuan anda.
3. Kos & Caj Perkhidmatan
S: Adakah perkhidmatan perundingan ini percuma?
J: Sesi analisis dan penilaian awal kes adalah PERCUMA. Untuk tindakan selanjutnya adalah atas pilihan anda sendiri. Sekiranya anda bersetuju untuk melantik saya bagi menguruskan kes anda sepenuhnya, caj perkhidmatan yang telus dan berpatutan akan dikenakan berdasarkan tahap kerumitan kes anda.
MASIH ADA PERTANYAAN LAGI?
Hubungilah KakNas jika anda sedang menghadapi masalah tekanan hutang atau isu bankrap yang mengganggu hidup dan ketenteraman anda. Jangan di biarkan hingga menjadi lebih parah.
KLIK SINI UNTUK WASAP SEBARANG PERTANYAAN BERKAITAN HUTANG ATAU ISU BANKRAP
"Setiap masalah hutang mempunyai jalan penyelesaian yang berbeza. Semakan awal membantu anda memahami pilihan yang ada."