Saya Membantu Anda Mencari Jalan Keluar Daripada Masalah Hutang & Status Bankrap.
Dengan pengalaman lebih 35 tahun dalam bidang berkaitan pendidikan, kewangan, undang-undang litigasi dan hartanah memudahkan kakNas berkongsi ilmu dan seterusnya membantu mereka yang didalam tekanan dan dibelenggu oleh masalah hutang dan isu kebankrapan ini.
1. Rundingan Penyelesaian Penuh & Muktamad (Full & Final Settlement)
Membantu pelanggan berunding dengan pihak bank/pemiutang bagi mendapatkan jumlah penyelesaian yang lebih rendah daripada baki hutang asal. Penyelesaian yang lebih teratur, praktikal dan mengikut saluran yang betul.
2. Penjadualan Semula Hutang
Membantu pelanggan menyusun semula komitmen bulanan agar lebih berkemampuan dengan situasi kewangan semasa.
Mengurangkan tekanan bayaran bulanan
Membantu mengelakkan tindakan undang-undang
Perancangan pembayaran yang lebih teratur
3. Khidmat Nasihat Status Bankrap
Memberi penerangan dan panduan berkaitan:
Semakan Status Bankrap
Proses Rundingan Penyelesaian Penuh & Muktamad
Proses Pelepasan Bankrap
Proses Pembatalan di Mahkamah
Permohonan Keluar Negara
Penyata 6 Bulan Insolvensi
Tanggungjawab Orang Bankrap
4. Penilaian Kedudukan Hutang
Membantu pelanggan mendapatkan gambaran sebenar kedudukan kewangan mereka sebelum membuat keputusan dari:
Semakan CCRIS & CTOS
Analisis Komitmen Bulanan
Cadangan Penyelesaian Yang Bersesuaian
5. Konsultasi Kewangan Berkaitan Hutang
Perbincangan secara peribadi untuk memahami situasi pelanggan dan mengenal pasti pilihan penyelesaian yang ada.
Sesi Konsultasi Individu
Cadangan Tindakan Yang Praktikal
Pelan Penyelesaian Berdasarkan Situasi Pelanggan
Kenapa Pilih KakNas?
Pengalaman Lebih 35 Tahun dalam bidang berkaitan Pinjaman dan undang-undang litigasi & hartanah
Pendekatan Mesra & Sulit
Rundingan Secara Profesional
Fokus Kepada Penyelesaian Praktikal
Membantu Pelanggan Mendapatkan Kestabilan Kewangan semula & Hidup lebih tenang
"Masalah hutang tidak akan selesai jika dibiarkan. Langkah pertama adalah mendapatkan nasihat yang betul."