Misi utama saya adalah untuk memastikan tiada sesiapa pun yang terpaksa berhadapan dengan bebanan hutang secara bersendirian. Melalui pengalaman mendalam dalam bidang perbankan dan perundangan, matlamat saya jelas: membimbing anda mencari jalan keluar yang paling praktikal dan sah.
Saya komited untuk membantu anda melalui:
Perundingan Bayaran Bulanan Mampu Milik: Membantu berunding dengan pihak Bank/Pemiutang untuk mendapatkan struktur ansuran bulanan yang lebih rendah, realistik, dan selari dengan kemampuan kewangan anda sekarang.
Penyelesaian Penuh & Muktamad: Menguruskan proses rundingan untuk mencapai kata sepakat penyelesaian menyeluruh (full settlement), demi membebaskan anda daripada belenggu hutang tertunggak, blacklist, atau bankrap.
Bimbingan Telus & Membina Semula Hidup: Memberikan panduan langkah demi langkah yang jujur dan profesional agar anda kembali tenang serta mampu membina lembaran kewangan baru yang lebih cerah.
Membina Semula Keyakinan: Membantu anda menenangkan fikiran, merancang semula kewangan, dan melangkah keluar daripada belenggu blacklist atau bankrap.
Memberi Lembaran Hidup Baru: Menyalurkan pengalaman lebih 35 tahun agar anda kembali kecapi kebebasan kewangan dan hidup lebih tenang bersama keluarga tersayang.
Langkah pertama bermula dengan keputusan anda hari ini. Biar kami bantu uruskan beban anda melalui perundingan yang betul demi masa depan yang lebih tenang.