Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.
Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. kerana di atas limpah kurnia keizinannya Program National e-STEM Innovation Challenge 2021 (NAESIC ‘21) dapat dijayakan dengan penuh kesyukuran.
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada peserta yang terlibat dalam semua pertandingan yang dilaksanakan sepanjang program ini. Ia adalah satu langkah pendedahan awal kepada peserta pelajar semester satu dan wadah pembelajaran kreatif kepada semua peserta. eSTEM telah mendedahkan peserta kepada cabaran yang memerlukan pemikiran kritis dan bersemangat waja untuk menyelesaikan setiap tugasan yang diberi. Ia memerlukan kepintaran para peserta menggunapakai ilmu sains, bahan-bahan terpakai, hubungan dengan alam sekeliling, rekacipta dan juga inovasi idea yang kreatif dan kritis. Pertandingan kemahiran seperti ini dapat melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam teknologi perisian dan aplikasi komputer, sekaligus dapat merealisasikan hasrat Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk melahirkan pelajar yang berdaya saing, berkemahiran, tidak mudah gentar dan berfikiran kritis.
Pelajar hari ini merupakan pelapis yang akan merealisasikan matlamat negara kita Malaysia untuk melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan berdaya saing. Maka wajarlah, program pertandingan inovasi seumpama ini sentiasa diadakan bagi menggarap bakat, potensi dan kemahiran saintifik pelajar. Cetusan idea yang kreatif dan inovatif sebegini adalah penting untuk melonjakkan pencapaian sesebuah negara ke tahap yang lebih cemerlang dan terus kekal berdaya saing dan relevan dalam arus kepesatan global.
Dalam konteks sebuah negara yang beraspirasi untuk menjadi negara maju berteknologi tinggi, kita memerlukan modal insan yang berjiwa kental, tahan cabaran dan sentiasa berfikiran ke hadapan. Justeru, pertandingan ini adalah usaha untuk meningkatkan kemahiran sosial seperti komunikasi, kerjasama dan penyelesaian masalah serta dapat membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing.
Saya amat berharap, pelajar- pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti sentiasa bersedia menyahut saranan, cabaran serta hasrat kementerian untuk membudayakan e-STEM di Politeknik dan Kolej Komuniti. JPPKK juga komited untuk melahirkan dan memupuk bakat para pelajar untuk meneroka potensi dalam bidang kejuruteraan serta mampu mengadaptasi penggunaan teknologi digital yang dapat meningkatkan kebolehpasaran graduan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Anda semua adalah generasi muda yang pintar, berani dan mempunyai keyakinan diri yang hebat. Anda juga bakal mengharumkan nama Politeknik dan Kolej Komuniti di persada global serta simbol keyakinan masyarakat terhadap kualiti institusi teknikal Malaysia. Teruskan usaha dan capailah kejayaan di mana sahaja anda berada. Sekian, terima kasih.
TS. ZAINAB BINTI AHMAD
Ketua Pengarah,
Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti,
Kementerian Pengajian Tinggi.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam ssejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan
rahmatNnya, PKB dengan kerjasama padu JPPKK telah berjaya menganjurkanProgram National e-Stem Inovation Challenge 2021 (NAESIC ’21) pada kali ini.
Terlebih dahulu, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada jawatankuasa pelaksana NaeSIC’ 21 yang telah bertungkus lumus memastikan kelancaran pertandingan yang bermula 15 Okt-10 Nov 2021, secara maya ini. Sesungguhnya, komitmen dan kerjasama anda amat saya hargai. Segala penat jerih saya kira sudah terbayar dengan kejayaan NAESIC ‘21 yang ternyata telah mendapat sambutan yang menggalakkan.
NAESIC ’21 dianjurkan bertujuan untuk mencungkil bakat para pelajar di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi Sains, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan memperkembangkan potensi dan kemahiran saintifik pelajar dalam membuat kajian terkini.
Program ini mengandungi 4 aktiviti iaitu Creation In Science Innovation, e-STEM Virtual Mind Challenge, ICT Series Competition dan Sembang SANTAI STEM berpaksikan tema hala tuju STEM dalam memperkasakan TVET dan Keusahawanan Politeknik dan Kolej Komuniti di Malaysia.
Pendidikan STEM adalah berteraskan kepada konsep mengenal pasti, mengaplikasi, menghubungkaitkan masalah dan memberi jalan penyelesaiannya dengan menggunakan kreativiti dan inovasi pelajar. Melihat kepada hasrat ini, pembudayaan pendidikan STEM kepada generasi abad ke-21 perlu diperkemaskan dengan lebih sistematik supaya negara tidak ketinggalan dalam menerokai teknologi terkini.
Teknologi dunia semakin hari semakin berkembang dan bergerak ke hadapan. Negara China, Korea Selatan, Jepun dan Amerika Syarikat merupakan gergasi dalam bidang teknologi terkini. Sekiranya Malaysia ingin bersaing dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara ini, pembangunan, kemahiran dan penguasaan teknologi terkini perlu diterapkan dengan jitu kepada generasi abad ke 21 kerana ia merupakan kemahiran asas Revolusi Industri 4.0. Oleh itu, penganjuran NAESIC ’21 dilihat sebagai satu langkah yang bijak dan menjadi platform yang amat berguna dan mampu memberi impak yang besar kepada pelajar sebagai aset negara pada masa hadapan.
Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, saya ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua peserta pertandingan. Anda adalah pelajar yang berani dan berdaya saing serta mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Saya berharap agar pertandingan ini akan memberikan satu pengalaman pembelajaran yang sangat berharga kepada anda semua.
Sekian. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terima kasih
ROSLI BIN IDRIS
Pengarah,
Politeknik Kota Bharu
Penaung
Ts. Zainab binti Ahmad
Penasihat
Dr. Norhayati binti Zakaria
Tn. Hj Rosli bin Idris
En Kamaludin bin Daud
Projek Koordinator
YBrs Ir. Mohd Zaidi bin Che Mod
En. Saifuddin bin Semail
Tn. Hj. Azahan bin Daud
Tn. Hj Md Fadzil bin Hasbollah
Pengerusi
Dr. Shahiza binti Ahmad Zainuddin
Pn. Rozaimah binti Mustapa
Pengarah Program
Pn. Noor Faznyzahuda binti Fuad
En. Udom a/l Ewon
Timbalan Pengarah Program
YM. Raja Nazeli Bin Raja Mamat
Setiausaha I
Pn. Wee Siew Ping
Setiausaha II
Pn. Hanisah binti Yusoff
Bendahari I
Pn. Nur Amalina binti Mohd Nazri
Bendahari II
En. Ahmad Muzri bin Mohammad Najib
Pengurus Aktiviti
Creation In Science's Innovation
Pn. Marhaniza binti Ibrahim
e-STEM Virtual Mind Challenge
Pn. Nazihah binti Che Rozan
ICT Series Competition
Pn. Hafizah binti Abd Rahim
Sembang Santai STEM
En. Nik Mohd Hafiz bin Abdul Razak
Moderator Sembang Santai STEM
Dr. Tengku Ahmad Badrul Shah Bin Raja Hussin
Pengurusan Perasmian & Teks Ucapan
En. Roslan Bin Mamat
En. Mohd Faizal bin Ismail
En. Ismail bin Johari
Virtual Tour
En. Chung Boon Chuan
Cederamata/hadiah
Pn. Rosilah binti Wok
Pn. Anisah binti Jawawi
Buku Program (e-book)
Sr. Noor Izma binti Ab Ghani
Kapt (PA) Mohd Sanusi bin Deraman
Pendaftaran & Persijilan (e-Sijil)
Pn. Fatimah binti Abd. Rahman
En. Khairul Anuar bin Abdullah
ICT (Sistem Siaraya & Audio Visual)
Pn. Suzianna Binti Taib
En. Ahmad Najid bin Hj Omar
Teknikal Online
Pn. Siti Zaleha binti Ibrahim
Pn. Norainin bt Ahamed
Media & Publisiti, Backdrop & Website (Banner & Bunting) & Jemputan
Pn. Nadiya Haneem binti Zaminudin
En. Rozaidi bin Ismail
En. Tew Jim Mi
En. Marzuki bin Muhammad
En. Azhari bin Zakaria
En. Shamsuddin bin Jusoh
Persiapan Tempat
Pn. Noriah binti Abdullah
Pn. Ainor Izmira binti Maimun@Mahmood
Persegaran
Pn. Rozinah @ Nurhaizi binti Ramli
Penjurian
En. Azmi bin Juadi @ Rosbi
En. Wan Muhammad Marzudi bin Wan Muhammad
En. Azmi bin Mat Rais
Keselamatan (Pematuhan SOP COVID-19)
En. Zuhairy bin Zahari
En. Zamil bin Ibrahim
Creation In Science Innovation : 18 kumpulan (76 Peserta)
ICT Series Competition : 25 kumpulan (92 Peserta)
eSTEM Virtual Mind Challange : 17 kumpulan (68 Peserta)
Politeknik adalah warisan kita
Membekal tenaga bidang teknikal
Bersama membina kemajuan negara
Malaysia ku tercinta
Ilmu akhlak mulia asas jaya
Itulah amalan hidup kita
Di mana sahaja politeknik berada
Harapan tetap sama
Chorus:
Politeknik ku sanjung jasa-jasa mu
Mencipta lembaran sejarah
Harapan impian kan menjadi nyata
Tekad, takwa, usaha
Penentu arah
Maju Politeknik ayuh maju
Semangat mu merestui perjuangan ku
Teknologi teras pembangunan
Negara
Politeknik Malaysia
Lanjutkan usia Al-Sultan kami
Sultan Kelantan raja ikrami
Aman sentosa Tuhan sirami
Kekal memerintah kami
Kasih dan taat setia disembahkan
Keriangan diucapkan
Segala kebesaran Allah cucurkan
Bertambah kemuliaan