Program ini merupakan program yang akan dilaksanakan secara atas talian dengan menggunakan kaedah pertandingan secara langsung. Ia merupakan program berbentuk pertandingan yang direka untuk menguji kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir yang berkaitan dengan STEM iaitu gabungan Matematik, Sains, Kejuruteraan dan Teknologi. Program ini berkonsepkan cabaran minda di mana peserta akan diberi pelbagai bentuk tugasan berkait dengan STEM yang perlu diselesaikan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan
Program ini merupakan program yang akan dilaksanakan secara atas talian dengan menggunakan kaedah pertandingan secara langsung. Ia merupakan program berbentuk pertandingan yang direka untuk menguji kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir yang berkaitan dengan STEM dalam Kursus Sains Kejuruteraan.
Melalui program ini, Kursus Sains Kejuruteraan akan mengadakan pertandingan video projek di mana peserta akan menyediakan satu projek yang berkaitan dengan Kursus sains Kejuruteraan dan mengaplikasikan projek tersebut di adalam video pendek.
Pertandingan ini diadakan bagi melahirkan pelajar berfikiran kreatif dan inovatif serta untuk memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan.
JADUAL PERANCANGAN PROGRAM “ CREATION IN SCIENCE INNOVATION”
BIL PERKARA TARIKH
1 Menerima pendaftaran dan penyertaan daripada semua Politeknik Sehingga 20 Okt 2021
2 Menerima link video dari Politeknik yang bertanding
- Peserta dikehendaki memuatnaik video ke Youtube 20 - 25 Oktober 2021
3 Penjurian video projek 28 Okt - 3 Nov 2021
4 Majlis NaeSIC' 21 10 November 2021
GARIS PANDUAN VIDEO "CREATION IN SCIENCE INNOVATION"
Video “ Creation In Science Innovation” adalah merupakan video yang mengandungi penerangan mengenai produk (projek) yang telah direkacipta berdasarkan kepada salah satu subtopik di dalam kursus DBS10012.
Terbuka kepada pelajar Semester 1, 2 dan 3 Politeknik Malaysia.
Peserta adalah maksima seramai empat (4) org/kumpulan dan seorang penyelia.
Peserta boleh memilih salah satu subtopik di dalam kursus DBS10012.
Setiap kumpulan boleh menghasilkan Video (lakonan) atau Animasi.
Video dihasilkan di dalam Bahasa Inggeris/Bahasa Melayu.
i) Intro : menyatakan subtopik kursus yang dipilih dalam video dan tajuk projek masing-masing
dalam kredit pembukaan.
ii) Content :
a) Project Description
b) Objective
c) Diagram/Picture end product
d) Material and cost
e) Result and Discussion
f) Impact
g) Explanation about end product (function etc.)
iii) Ending : Kredit penutup pula MESTI dinyatakan nama peserta,no pendaftaran, kelas, nama
penyelia, nama Politeknik dan Score Soundtrack jika digunakan.
Tempoh masa video yang dihasilkan adalah 2-3 minit sahaja.
Semua muzik dan gambar yang digunakan MESTI dikreditkan / diakui dalam kredit penutup. Dan semua MUZIK/GAMBAR MESTI hak cipta percuma, asal, atau kebenaran daripada pemilik diperlukan.
Video MESTI dihasilkan oleh pelajar atau kerja berpasukan pelajar sendiri dan penyelia hanya boleh memberi nasihat dan tunjuk ajar.
Video yang dihasilkan adalah dalam format MPEG4 atau MPEG4 HD dan dimuatnaik ke Youtube.
Keputusan Juri dalah MUKTAMAD.
JOHAN - RM 400.00 dan Sijil penyertaan
NAIB JOHAN - RM 350.00 dan Sijil penyertaan
TEMPAT KE-3 - RM 250.00 dan Sijil Penyertaan
SAGUHATI - RM 100.00 dan Sijil Penyertaan