Program ini merupakan program yang akan dilaksanakan secara atas talian dengan menggunakan kaedah pertandingan secara langsung. Ia merupakan program berbentuk pertandingan yang direka untuk menguji kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir yang berkaitan dengan STEM iaitu gabungan Matematik, Sains, Kejuruteraan dan Teknologi. Program ini berkonsepkan cabaran minda di mana peserta akan diberi pelbagai bentuk tugasan berkait dengan STEM yang perlu diselesaikan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan.
Syarat Penyertaan
Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar politeknik Malaysia.
Penyertaan adalah secara berkumpulan. Setiap penyertaan mestilah terdiri daripada 3 orang peserta dan seorang pensyarah pembimbing (koordinator).
Peserta perlu membuat pendaftaran di pautan yang disediakan. Tempoh pendaftaran adalah sehingga 28 Oktober 2021. Sebarang pembatalan penyertaan selepas tamat tempoh pendaftaran adalah tidak dibenarkan.
Peserta yang berdaftar akan dimasukkan ke dalam kumpulan Telegram yang akan dibangunkan oleh pihak penganjur.
Peserta boleh menggunakan sebarang bentuk bahan rujukan semasa pertandingan.
Keperluan Pertandingan
Peserta perlu menyediakan:
Ruang yang selesa untuk menyertai pertandingan di tempat masing-masing.
Peranti elektronik seperti komputer, komputer riba (laptop) yang lengkap dengan webcam dan headphone atau telefon pintar dengan capaian internet disediakan oleh peserta sendiri.
Peserta hendaklah berpakaian kemas.
Maklumat Pertandingan
Pertandingan akan diadakan secara langsung di atas talian melalui platform yang disediakan oleh pihak penganjur.
Peserta akan diberikan beberapa set permasalahan berkaitan Matematik, Sains dan Teknologi.
Hanya PESERTA YANG BERDAFTAR SAHAJA dibenarkan menjawab soalan tugasan yang disediakan. Pertukaran peserta adalah tidak dibenarkan
Tarikh pertandingan adalah pada 9 November 2021 (Selasa). Masa pertandingan adalah bermula jam 10.00 pagi hingga 11.30 pagi (90 minit). Peserta perlu menyelesaikan setiap permasalahan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Markah dan masa yang diambil untuk menyiapkan semua permasalahan akan direkodkan.
Semua peserta akan diberi sijil penyertaan. Nama dan no kad pengenalan yang tertera pada sijil adalah berdasarkan ejaan pada borang pendaftaran.
Hadiah pertandingan seperti berikut:
Tempat pertama : 1 x wang tunai RM300
Tempat kedua : 1 x wang tunai RM250
Tempat ketiga : 1 x wang tunai RM200
Saguhati : 5 x wang tunai RM100
Taklimat pertandingan akan diadakan pada 8 November 2021 jam 10.00 pagi secara atas talian.
Garis Panduan Pertandingan
Semua peserta pertandingan perlu bersedia 30 minit sebelum pertandingan bermula. Peserta perlu klik pautan yang diberikan semasa sesi taklimat. Kamera perlu sentiasa dibuka sepanjang pertandingan.
Setiap kumpulan akan diberi beberapa set permasalahan semasa pertandingan berlangsung.
Arahan pertandingan akan dibacakan oleh penganjur sebelum pertandingan bermula.
Setiap kumpulan akan dibantu oleh seorang pemudahcara sepanjang pertandingan berlangsung.
Setiap kumpulan diberi masa selama 90 minit untuk menyelesaikan semua permasalahan.
Pemenang dikira berdasarkan bilangan permasalahan yang diselesaikan, markah yang diperolehi dan tempoh masa yang diambil untuk menyiapkan semua permasalahan. Keputusan pihak penganjur adalah muktamad.
Sebarang implikasi yang diterima oleh peserta sepanjang pertandingan adalah ditanggung sepenuhnya oleh peserta.
Prosedur Pelaksanaan Pertandingan
Menyediakan dua peranti elektronik berkamera untuk kegunaan semasa pertandingan
a) Peranti A - Komputer untuk menjawab ujian dan berkomunikasi dengan fasilitator
b) Peranti B - Tablet/telefon untuk pengawasan
Memastikan capaian internet dan peranti elektronik yang akan digunakan berada dalam keadaan baik serta sentiasa memastikan kamera dan mikrofon dibuka.
Menyediakan ruang ujian mengikut susun atur yang ditetapkan (sila rujuk paparan bergambar).
Mendapatkan pautan Google Meet dalam group telegram sebelum pertandingan dan menyertai pautan 15 minit sebelum sesi pertandingan. (pastikan peserta menyemak senarai nama kumpulan yang akan disediakan dalam group telegram). Pautan soalan akan diberi oleh fasilitator dalam ruang chat google meet.
Menjawab soalan mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa meninggalkan ruang pertandingan, sentiasa mengawal tingkah laku dan duduk dihadapan komputer sepanjang pertandingan berlangsung.
Susun Atur Ruang Pertandingan
Disediakan oleh:
Jawatankuasa e-STEM VIRTUAL MIND CHALLENGE