NATIONAL e- STEM INNOVATION CHALLENGE 2021 (NaeSIC’21)
POLITEKNIK KOTA BHARU | 15 OKT - 10 NOV 2021
POLITEKNIK KOTA BHARU | 15 OKT - 10 NOV 2021
PENGENALAN
“National e-STEM Innovation Challenge 2021” merupakan program anjuran Jabatan Matematik, Sains & Komputer Politeknik Kota Bharu dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang akan dilaksanakan secara remote. Ianya merupakan salah satu program yang dirangka merentasi kurikulum sedia ada.
Cabaran dalam program ini adalah di mana para peserta dikehendaki menggunapakai ilmu sains, bahan-bahan terpakai, hubungan dengan alam sekeliling, rekacipta dan juga inovasi idea yang kreatif dan kritis. Terdapat pelbagai konsep dan aplikasi sains yang perlu difahami dan diadaptasi terlebih dahulu oleh para peserta sebelum menghasilkan hasilan dan ciptaan yang terbaik.
Karnival yang dirancang pada tahun ini diharapkan dapat mencetus minat lebih ramai generasi muda dalam menerokai dan mengaplikasi ilmu sains dalam kehidupan seharian. Lanjutan daripada cetusan minat ini dan usaha Politeknik Kota Bharu untuk membudayakan STEM maka “National e-STEM Innovation Challenge 2021” dizahirkan pelaksanaannya pada tahun ini.
OBJEKTIF
Projek dilaksanakan bertujuan untuk mencapai objektif berikut:
Mencungkil bakat para pelajar di dalam bidang penyelidikan dan pembangunan inovasi Sains, Kejuruteraan dan Matematik (STEM)
Memperkembangkan potensi dan kemahiran saintifik pelajar dalam membuat kajian terkini.
Memupuk dan meningkatkan kemahiran komunikasi dan kemahiran sosial dalamproses pembangunan projek berasaskan STEM.
Mengembangkan kebolehan dan penciptaan pelajar dalam bidang Sains, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ke platform yang lebih tinggi.
Memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka pembelajaran di luar kelas dan meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
Membina keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi serta berdaya saing dikalangan para pelajar.
Memupuk semangat bekerjasama antara yang tinggi dalam kalangan ahli kumpulan.
AKTIVITI
Program : Creation In Science Innovation
Pengurus : Pn Marhaniza binti Ibrahim
Program : e-STEM Virtual Mind Challenge
Pengurus : Pn Nazihah binti Che Rozan
Tarikh : 9 November 2021
Program : ICT Series Competition
Pengurus : Pn Hafizah binti Abd Rahim
Tarikh : 15 Okt 2021
Program : Sembang SANTAI STEM bersama KP JPPKK
Pengurus : En. Nik Mohd Hafiz bin Ab. Razak
MAJLIS PENUTUP
Tarikh : 10 Nov 2021
Lokasi : Dalam talian ..........