BEKERJA LEBIH MASA
Adakah PSH layak menerima bayaran pada hari rehat mingguan atau hari cuti kelepasan am?
PSH hanya layak dibayar elaun kerja lebih masa sekiranya diarahkan untuk bekerja pada hari rehat mingguan atau cuti kelepasan am .
Sekiranya PSH diarahkan untuk bekerja lebih masa pada hari rehat mingguan atau hari cuti kelepasan am, dan telah bekerja selama genap sembilan (9) jam, adakah mereka akan dibayar mengikut kadar upah harian?
Tidak. Bayaran akan dibuat berdasarkan Kadar Elaun Sejam yang didarab dengan jumlah jam bekerja. Kadar gandaan adalah sama seperti hari bekerja biasa.
CUTI
Bolehkah baki cuti rehat bergaji penuh PSH yang tidak diambil dibawa ke tahun berikutnya?
Tidak.
PENYAMBUNGAN PERKHIDMATAN
Adakah PSH perlu mengemukakan permohonan untuk penyambungan tempoh perkhidmatan?
Tidak. Penyambungan perkhidmatan adalah tertakluk kepada prestasi kerja yang akan dinilai oleh Ketua Jabatan masing-masing melalui pengisian Borang Penilaian Prestasi Kerja pada bulan Oktober setiap tahun. Hasil penilaian tersebut akan dibentangkan dalam Mesyuarat Penyambungan Perkhidmatan PSH dan kelulusan muttamad adalah tertakluk kepada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perjawatan dan Kenaikan Pangkat.