PERJAWATAN
PERJAWATAN
TABLE OF CONTENTS
Program Transformasi Minda (PTM) adalah salah satu syarat pengesahan dalam perkhidmatan.
Dianjurkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKT&P).
Diadakan kebiasaannya dua siri setahun dan secara atas talian.
Pelanjutan tempoh percubaan hanya diberi jika ada alasan munasabah pegawai belum boleh disahkan.
Pelanjutan merangkumi faktor prestasi kerja, kursus wajib belum selesai, atau halangan lain.
Sokongan Ketua Jabatan diperlukan untuk menyokong pelanjutan seorang pegawai.
Pegawai yang tidak memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Peraturan 36 layak diberi taraf berpencen mengikut undang-undang pencen.
Seseorang pegawai yang telah diberi taraf berpencen tidak perlu diperakukan sekali lagi untuk pemberian taraf berpencen apabila dilantik ke suatu jawatan tetap yang lain
Pelantikan Menanggung Kerja
Tempoh Penanggungan Kerja
Pegawai boleh dilantik menanggung kerja bagi satu jawatan lain selain jawatan hakikinya untuk tempoh tidak melebihi enam (6) bulan, di samping melaksanakan tugas jawatan hakikinya.
Syarat Hubungan Jawatan
Pelantikan menanggung kerja hanya dibenarkan sekiranya tidak wujud hubungan taraf tinggi rendah antara jawatan hakiki dengan jawatan yang ditanggung kerja.
Definisi Hubungan Taraf Tinggi Rendah
Merujuk kepada keadaan di mana dua jawatan berada dalam susunan kuasa berbeza taraf, dengan jawatan lebih rendah bertanggungjawab kepada jawatan lebih tinggi. Hubungan ini dapat dikenal pasti melalui carta organisasi Kementerian atau Jabatan berkenaan
Syarat Pembayaran Elaun Menangung Kerja
Tempoh Minimum
Pegawai hendaklah melaksanakan tugas jawatan yang ditanggung kerja selama tidak kurang daripada dua puluh lapan (28) hari berturut-turut termasuk hari cuti rehat mingguan, hari kelepasan am, cuti rehat/cuti tanpa rekod atas sebab kecemasan, serta cuti sakit secara terkumpul yang tidak melebihi lima (5) hari bekerja.
Penghentian Elaun
Pembayaran elaun menanggung kerja hendaklah dihentikan sekiranya pegawai meninggalkan tugas jawatan yang ditanggung kerja selama empat belas (14) hari atau lebih berturut-turut termasuk hari cuti rehat mingguan dan hari kelepasan am.
Pengiraan Semula Elaun
Elaun menanggung kerja hendaklah dikira semula pada setiap tarikh pergerakan gaji tahunan atau pada bila-bila masa gaji pegawai berkenaan berubah.
Penanggungan Kerja Kali Kedua dan Seterusnya
Pegawai yang pernah diluluskan menanggung kerja dan kemudiannya diluluskan menanggung kerja bagi jawatan yang sama layak dibayar elaun menanggung kerja sekiranya tempoh penanggungan kerja kali kedua dan seterusnya tidak kurang daripada empat belas (14) hari berturut-turut termasuk hari cuti rehat mingguan dan hari kelepasan am. Bagi maksud ini, “jawatan yang sama” merujuk kepada jawatan yang pernah ditanggung kerja sebelumnya.
Pelantikan memangku
Seseorang pegawai boleh dilantik memangku satu jawatan yang lebih tinggi bagi sesuatu tempoh masa dengan meninggalkan jawatan hakikinya.
Syarat Pembayaran Elaun Memangku
Tempoh Minimum
Pegawai hendaklah memangku sesuatu jawatan bagi tempoh tidak kurang daripada dua puluh lapan (28) hari berturut-turut. Tempoh ini termasuk hari cuti rehat mingguan dan hari kelepasan am.
Had Cuti Semasa Memangku
Pegawai yang bercuti rehat, cuti tanpa rekod atau cuti sakit secara terkumpul tidak boleh melebihi lima (5) hari bekerja sepanjang tempoh memangku. Sekiranya melebihi had tersebut, pegawai tidak layak dibayar elaun memangku.
Kehilangan Kelayakan
Pegawai yang telah memangku sesuatu jawatan dan kemudiannya meninggalkan jawatan yang dipangkunya selama dua puluh lapan (28) hari atau lebih adalah tidak layak dibayar elaun memangku
Pengecualian
Pegawai masih layak dibayar elaun memangku dalam keadaan berikut:
Menghadiri kursus yang diarahkan oleh Kerajaan;
Meninggalkan jawatan untuk menjalankan tugas rasmi lain atas arahan Kerajaan; atau
Dibenarkan bercuti sakit yang disokong oleh sijil sakit, dengan syarat tempoh cuti tersebut tidak melebihi sembilan puluh dua (92) hari berturut-turut termasuk hari cuti rehat mingguan dan hari kelepasan am.
Pengiraan Semula
Elaun memangku hendaklah dikira semula pada setiap tarikh pergerakan gaji tahunan atau pada bila-bila masa gaji pegawai berkenaan berubah.
Syarat Umum
Mencapai markah minimum keseluruhan 85% dan ke atas bagi tiga (3) tahun terakhir dengan markah prestasi pada tahun terakhir hendaklah mencapai sekurang-kurangnya 85%.
Source: Surat edaran SKN rujukan : JPAN 1000-9/159 jld.4 (86) bertarikh 7 Januari 2025
Perlaksanaan TIME-BASED Kali Pertama (TBK1)
Mulai 1 Januari 2014, Kerajaan telah melaksanakan penambahbaikan kaedah kenaikan pangkat berasaskan prinsip time-based berasaskan kecemerlangan dengan mengurangkan tempoh kenaikan pangkat daripada lima belas (15) tahun kepada tiga belas (13) tahun.
Perlaksanaan TIME-BASED Kali Kedua (TBK2)
Pegawai yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya tiga belas (13) tahun di lapisan pertama gred kenaikan pangkat layak dinaikkan secara Khas Untuk Penyandang (KUP) ke lapisan kedua gred kenaikan pangkat berdasarkan kecemerlangan.
Seorang pegawai yan berhasrat untuk meletakkan jawatanya hendaklah memberi noti sbertulis
Tempoh Notis Peletakan Jawatan
Pegawai yang telah disahkan dalam jawatan: tiga (3) bulan notis atau membayar sebulan gaji sebagai ganti notis.
Pegawai dalam percubaan atau pegawai sementara: sebulan notis atau membayar sebulan gaji sebagai ganti notis.
Pegawai kontrak: mengikut syarat-syarat yang ditetapkan dalam kontrak perkhidmatan.
Syarat-syarat Pelantikan Semula Pesara
Pelantikan semula pesara adalah atas kepentingan perkhidmatan awam.
Lantikan semula tidak akan menjejaskkan peluang kenaikan pangkat bagi pegawai yan layak dinaikkan pangkat ke jawatan berkenaan.
Pesaraan adalah disebabkan telah mencapai umur besara wajib.
Tempoh pelantikan tidak melebihi satu (1) tahun dan bertaraf sementara