PEKERJA SAMBILAN HARIAN
PEKERJA SAMBILAN HARIAN
TABLE OF CONTENTS
Sebanyak 12 hari dalam satu tahun kalender
Dikira secara purata (prorate) berdasarkan tempoh kontrak.
Baki yang tidak diambil:
TIDAK BOLEH dibawa ke tahun berikutnya.
TIDAK BOLEH diganti dengan gaji harian termasuk untuk maksud menamatkan perkhidmatan.
Dengan syarat terdapat sijil sakit yang dikeluarkan oleh klinik kerajaan/swasta.
Sebanyak 7 hari dalam satu tahun kalender
Dikira secara purata (prorate) berdasarkan tempoh kontrak.
Pekerja Sambilan Harian (SENDIRI SAHAJA) diberi kemudahan rawatan perubatan percuma di hospital dan klinik-klinik Kerajaan tertakluk kepada wad yang tidak melebihi Kelas Dua.
Kemudahan ini tidak meliputi pembekalan:
Alat-alat orthopedik;
Anggota palsu; dan
Rawatan pergigian ortodontik bagi tujuan kosmetik.
Pekerja Sambilan Harian (SENDIRI SAHAJA) yang disahkan oleh pengamal perubatan yang perlu dikuarantin kerana menghidap penyakit berjangkit boleh diberi kemudahan ini, terhad kepada maksimum tujuh (7) hari atau tertakluk kepada arahan kuarantin daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.