KENYATAAN MPP

๐Š๐„๐๐˜๐€๐“๐€๐€๐ ๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‘๐–๐€๐Š๐ˆ๐‹๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‰๐€๐‘ ๐”๐ข๐“๐Œ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐Š ๐“๐„๐‘๐‡๐€๐ƒ๐€๐ ๐‹๐€๐Œ๐€๐ ๐…๐€๐‚๐„๐๐Ž๐Ž๐Š ๐ƒ๐€๐ ๐˜๐Ž๐”๐“๐”๐๐„ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ๐†๐Ž๐ƒ๐€๐Œ

Assalamualaikum, Salam UiTM dihatiku dan Salam Malaysia MADANI.ย 

Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UiTM Cawangan Perak ingin memaklumkan bahawa Laman Facebook (Facebook Page) dan Saluran Youtube (YouTube Channel) kami telah digodam dan diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Semua admin yang ditetapkan untuk mengawal laman Facebook telah dikeluarkan dan menjadikan keadaan lebih sukar untuk pihak kami mendapatkannya semula. Saluran YouTube juga telah disekat oleh YouTube LLC atas dasar melanggar garis panduan komuniti (Violations of Community Guidelines) yang dilakukan oleh penggodam.ย 

Walaubagaimanapun, MPP sedang sedaya upaya mendapatkan semula kedua-dua laman sosial media tersebut. Kami memohon agar seluruh warga UiTM Perak tidak panik akan perkara ini.ย 

Dikesempatan ini, MPP ingin mengingatkan kepada semua warga UiTM terutamanya semua persatuan mahasiswa agar menjaga privasi atau kata laluan akaun serta mengambil langkah berjaga jaga dengan mengaktifkan Two-Factor Authentication (2FA).

Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua mahasiswa-mahasiswa yang prihatin. Kami mohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku.ย 

"๐‘บ๐‘ฐ๐‘ต๐‘ฌ๐‘น๐‘ฎ๐‘ฐ ๐‘ด๐‘จ๐‘ด๐‘ท๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘ฌ๐‘ณ๐‘จ๐‘ฏ๐‘ฐ๐‘น๐‘ฒ๐‘จ๐‘ต ๐‘ด๐‘จ๐‘ฏ๐‘จ๐‘บ๐‘ฐ๐‘บ๐‘พ๐‘จ ๐‘ฒ๐‘ถ๐‘ด๐‘ท๐‘ฌ๐‘ป๐‘ฌ๐‘ต"

Dikeluarkan oleh:

๐— ๐—”๐—๐—Ÿ๐—œ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ช๐—”๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ

๐—จ๐—ถ๐—ง๐—  ๐—–๐—”๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž

๐—ฆ๐—˜๐—ฆ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฎ/๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฏ

[Tarikh: 25 Mei 2023]