Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) merupakan suatu badan yang utama di Universiti Teknologi MARA yang diwujudkan mengikut peruntukan Seksyen 7 Bahagian 3 Undang-Undang Malaysia Akta 174 Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib) 1976.
Mahasiswa sebagai modal insan negara hari ini adalah dilihat sebagai prospek barisan pemimpin negara pada masa depan. MPP) merupakan salah satu organisasi pelajar tertinggi di universiti untuk melahirkan mahasiswa yang mampu menjadi pemimpin dan individu yang cemerlang dalam segala aspek demi kebaikan bukan sahaja di kalangan mahasiswa universiti malah untuk negara pada masa depan.
Misi
Membentuk sebuah organisasi mahasiswa yang lebih prihatin dan berwawasan dengan merealisasikan Model 21 Graduan UiTM.
Visi
Ke arah merealisasikan Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Teknologi MARA sebagai sebuah badan kepimpinan yang berintegriti dan berketerampilan yang mengintegrasikan perpaduan mahasiswa mencakupi aspek global ke arah sebuah universiti bertaraf dunia.
Pemilihan ahli MPP adalah melalui proses Pilihanraya Kampus dimana calon yang mendapat undian tertinggi akan dipilih bagi membentuk jawatankuasa perwakilan pelajar. Setiap fakulti hanya akan diwakili oleh 2 orang MPP.
UiTM Cawangan Perak (Kampus Seri Iskandar dan Kampus Tapah) mempunyai 6 fakulti secara keseluruhan. Oleh itu, ahli MPP yang menang bertanding adalah terdiri daripada 12 orang.