Terdapat 3 cara untuk membayarnya iaitu:
1. KAUNTER BANK ISLAM
Login Student Portal dan klik FinEPortal.
Klik Menu Utama dan seterusnya klik bahagian Bil Pelajar.
Klik pada bil (Belum Dibayar). Kemudian cetak bil tersebut untuk membuat pembayaran di kaunter Bank Islam. Pembayaran boleh dibuat di mana-mana cawangan Bank Islam yang berdekatan.
Tulis nombor dokumen pada slip bank (nombor akaun tidak perlu).
Nota:
Pelajar dikehendaki untuk menyimpan slip pembayaran sebagai bukti.
Status bayaran (Telah Dibayar) di FinEPortal akan dikemaskini dalam tempoh 2 hari daripada tarikh pembayaran dibuat.
2. PERBANKAN INTERNET (ONLINE)
Layari Bank Islam.
Klik Internet Banking Login.
Masukkan User ID (Username) dan klik Login.
Pastikan Private Image and Private Word betul, kemudian klik (/).
Masukkan Password dan klik Login.
Klik Bill Presentment.
Masukkan nombor Kad Pengenalan Pelajar . Klik Submit. Senarai Bil yang perlu dijelaskan oleh pelajar akan tertera di skrin.
Klik dan pilih bil yang hendak dibayar. Klik Pay.
Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran seperti nama pelajar, nombor pelajar, nombor bil dan amaun yang perlu dibayar.
Pilih sumber akaun untuk membuat pembayaran. Klik Pay untuk meneruskan pembayaran.
Skrin berikutnya akan menunjukkan butiran pembayaran yang hendak dibayar sebelum pengesahan dibuat. Request IAC number. IAC number akan dihantar melalui SMS ke telefon anda.
Masukkan IAC number, kemudian klik Confirm untuk mengesahkan pembayaran atau sebaliknya. Skrin pengesahan pembayaran akan dipaparkan beserta nombor rujukan.
Cetak slip bayaran sebagai bukti.
Nota:
Pelajar juga boleh meminta ahli keluarga / rakan untuk membayar bil tersebut menggunakan akaun Bank Islam mereka. Ikut langkah bermula daripada no. 7.
Status bayaran (Telah Dibayar) di FinEPortal akan dikemaskini dalam tempoh 2 hari daripada tarikh pembayaran dibuat.
3. MESIN ATM BANK ISLAM
Masukkan kad dan password.
Melalui paparan skrin, pilih Menu > klik Lain > klik Pembayaran Bil / Yuran IPT.
Masukkan No. Kad Pengenalan Pelajar (bukan Student ID).
Pilih bil yang perlu dibayar (pastikan amaun itu tepat seperti yang dinyatakan dalam Bil Pelajar).
Nota:
Pelajar dikehendaki untuk menyimpan slip pembayaran sebagai bukti.
Status bayaran (Telah Dibayar) di FinEPortal akan dikemaskini dalam tempoh 2 hari daripada tarikh pembayaran dibuat.
Pelajar perlu mematuhi Sahsiah Rupa Diri (SRD) seperti yang telah ditetapkan. Kegagalan untuk mematuhi SRD menyebabkan pelajar boleh disaman.
Waktu Kuliah - Siswa
Isnin - Berbaju kemeja lengan panjang, bertali leher, seluar slack, kasut kulit/bertutup.
Selasa - Smart casual. Berbaju kemeja atau baju berkolar (tidak mempunyai lambang atau corak yang sensitif), seluar jeans/slack/khakis (tidak berwarna lusuh/bertampal/koyak (fashion), kasut bertutup.
Rabu - Memakai baju korporat (digalakkan) atau smart casual, kasut bertutup.
Khamis - Memakai baju batik (digalakkan) atau smart casual, kasut bertutup.
Jumaat - Memakai baju melayu (digalakkan) atau smart casual, kasut bertutup.
Pakaian riadah - Baju sukan, seluar track/3 quarter, kasut bertutup. Pemakaian tight-fit/seluar pendek ke paras lutut cuma dibenarkan ketika berada di padang sahaja.
Waktu Biasa - Siswa
Memakai pakaian yang sopan dan sesuai.
Peringatan
Rambut hendaklah sentiasa pendek, disikat dengan kemas dan tidak mewarnakannya.
Tidak memakai perhiasan yang tidak dibenarkan.
Wajib menggantung dan mempamerkan kad pelajar (gambar hendaklah menghala ke hadapan sepanjang masa).
Waktu Kuliah - Siswi
Isnin - Berbaju kurung (tidak ketat), bertudung, kasut kulit/bertutup.
Selasa - Smart casual. Berkemeja/berbaju lengan panjang/jubah/blouse (tidak ketat, jarang dan singkat), seluar jeans/skirt/khakis (tidak ketat, tidak lusuh, jarang, singkat), kasut bertutup.
Rabu - Memakai baju korporat (digalakkan) atau smart casual, kasut bertutup.
Khamis - Memakai baju batik (digalakkan) atau smart casual, kasut bertutup.
Jumaat - Smart casual. Berkemeja/berbaju lengan panjang/jubah (digalakkan)/blouse (tidak ketat, jarang dan singkat), seluar panjang/skirt/khakis (tidak ketat, jarang, singkat), kasut bertutup.
Pakaian sukan - Baju sukan lengan panjang, seluar track, kasut bertutup.
Waktu Biasa - Siswi
Memakai pakaian yang sopan dan sesuai.
Peringatan
Tidak memakai perhiasan yang tidak dibenarkan.
Wajib menggantung dan mempamerkan kad pelajar (gambar hendaklah menghala ke hadapan sepanjang masa).
Pihak universiti tidak membenarkan pelajar membawa kenderaan mereka ke dalam kawasan kampus kecuali kepada para pelajar Non - Resident (NR). Walau bagaimanapun, mereka ini dikehendaki memohon untuk mendapatkan pelekat kenderaan daripada Polis Bantuan UiTM.
*Pelajar yang memerlukan kenderaan atas sebab - sebab tertentu dikehendaki membuat permohonan bertulis.
Tidak. Pelajar NR hanya dibenarkan untuk meletakkan kenderaan di tempat letak kenderaan pelajar seperti yang telah ditetapkan sahaja. Saman akan dikeluarkan sekiranya gagal mematuhi arahan yang telah ditetapkan.
Pelajar boleh keluar/masuk kampus pada bila-bila masa tetapi hendaklah berada di kolej sebelum jam 11.00 malam. Tandatangan dan kebenaran pihak berkuasa DIWAJIBKAN jika ingin keluar selepas jam 11.00 malam (kecemasan). Pelajar juga wajib membawa kad pelajar bersama ketika berada di luar kawasan kampus.
*Demi keselamatan pelajar siswi diluar, lebih sesuai sekiranya bergerak secara berkumpulan.
Memasak di bilik/kolej hanya untuk alatan memasak yang dibenarkan seperti cerek dan kettle jug automatik sahaja. Peralatan - peralatan elektrik hendaklah didaftar dan mendapatkan kelulusan dan pelekat terlebih dahulu daripada Unit Pengurusan Kolej. Pastikan kos pendaftaran semua peralatan elektrik peribadi yang telah lulus, dibayar apabila bil sudah dijana oleh Pejabat Bendahari.
Setiap pelajar wajib menghadiri kuliah kecuali telah mendapat kebenaran pengecualian untuk tidak menghadirinya atau jika keadaan tidak mengizinkan. Sebab kerana tidak dapat hadir hendaklah dimaklumkan kepada pensyarah beserta bukti seperti surat sakit/surat pengecualian dll.
*Kegagalan pelajar untuk menghadiri kuliah tanpa sebab kukuh boleh menyebabkan tidak dapat menduduki peperiksaan akhir.
Pelajar yang mempunyai No. Pelajar sahaja yang disediakan akaun email pelajar universiti. Permohonan akaun email pelajar didaftarkan secara automatik semasa pendaftaran pelajar baharu. Servis email ini diberi secara percuma kepada semua pelajar UiTM seluruh Malaysia dengan kapasiti 10 GB diperuntukkan untuk email dan Kalendar serta SkyDrive sebanyak 25 GB ruang simpanan.
Pelajar boleh memuat turun Office 365 Apps seperti Word, Excel, Powerpoint dan banyak lagi secara percuma. Mari kita memanfaatkannya!
Boleh ikut langkah ini :
Layari Microsoft Outlook. Masukkan email anda iaitu <no. kad pelajar>@isiswa.uitm.edu.my, kemudian klik Next.
Klik Forgot My Password. Masukkan huruf yang terdapat dalam gambar, kemudian klik Next.
Pada bahagian langkah 1 Get back into your account, klik Email. Microsoft akan menghantar mesej ke dalam alternate email anda seperti yang dinyatakan pada paparan.
Buka alternate email anda. Mesej daripada Microsoft mengandungi email verification code. Masukkan code tersebut, kemudian klik Next.
Masukkan password anda yang baharu. Cara mudah adalah dengan meletakkan password yang sama seperti Student Portal anda. Kemudian klik Finish.