Penyertaan Penulisan hijau adalah terbuka kepada semua Warga Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia dalam kalangan pensyarah dan pelajar. Penulisan mestilah bertemakan kelestarian & teknologi hijau. Semua penulisan yang dihantar akan disemak dan disahkan oleh panel yang dilantik dan akan diterbitkan.
PANDUAN & SYARAT PENULISAN
KERTAS PENYELIDIKAN & INOVASI HIJAU
MPCCSustAward 2021
Format Penerbitan : Digital (eISBN)
SYARAT UMUM
a) Penyertaan TERBUKA kepada seluruh Warga JPPKK (Politeknik dan Kolej Komuniti) dalam kalangan staf dan pelajar.
b) Penyertaan adalah PERCUMA dan boleh menghantar lebih dari satu (1) penulisan.
c) Semua penulisan yang diterima/disahkan akan dibukukan dalam sebuah penerbitan berdaftar (eISBN)
d) Penulis bagi setiap artikel dihadkan kepada lima (5) orang sahaja.
e) Penulisan adalah bertemakan Sustainability dan Green Technology dalam tujuh (7) bidang berikut:
i) Pengurusan Pendidikan & Penyelidikan
Pelaksanaan kurikulum hijau, penyelidikan & penerbitan Lestari, Pengurusan Laporan & Laman Sesawang Kelestarian, Pelaksanaan Program Kesedaran & Penerapan Budaya Hijau serta latihan, perkongsian kepakaran dan pengalaman bagi pelajar & kakitangan
ii) Pengurusan Tenaga & Perubahan Iklim
Pengekalan & Peningkatan kecekapan penggunaan tenaga, serta galakan penggunaan tenaga boleh diperbaharui bagi mengurangkan pelepasan karbon.
iii) Pengurusan Alam Sekitar & Landskap
Mengintegrasi amalan pengurusan alam sekitar dalam pengoperasian institusi melalui dasar-dasar & prosedur bagi memastikan amalan alam sekitar terbaik diaplikasikan dalam urusan harian
iv) Pengurusan Sisa
Peningkatan Kesedaran dan pengetahuan pengurusan sisa bagi mengoptimumkan penggunaan sumber melalui pengukuran prestasi pengurusan sisa semasa
v) Pengurusan Air
Peningkatan Pengetahuan tentang utiliti dan amalan kaedah penjimatan air melalui pemantauan, kawalam & pembangunan sistem kitar semula air & penuaian air hujan
vi) Pengangkutan
Menerapkan kesedaran tentang kepentingan bagi mengurangkan pencemaran melalui pelaksanaan polisi dan pengurusan teknologi hijau
vii) Perolehan hijau
Pengenalan & amalan perolehan hijau dalam sistem Politeknik & Kolej Komuniti sebagai usaha menyokong pemeliharan alam sekitar & pengurangan jejak karbon
f) Penulisan yang dihantar hendaklah penulisan asli dan belum pernah diterbitkan dalam mana-mana terbitan, cetakan, jurnal, prosiding atau seumpamanya.
g) Penulisan perlu dihantar dalam bentuk softcopy (.doc/.docx) dan perlu dimuat naik melalui portal rasmi MPCCSustAward21
h) Penulisan yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang ditetapkan tidak akan diterima.
i) Tarikh TUTUP penghantaran ialah pada 15 Julai 2021
FORMAT PENULISAN
a) Penulisan adalah dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris
b) Penulis wajib menggunakan perisian Microsoft Word.
c) MESTILAH menggunakan TEMPLAT yang disediakan
d) Maksimum mukasurat adalah di antara 5-8 mukasurat (Single Colum)
RUJUKAN/PERTANYAAN
Noor Azira Abdull Razak 012 5929293