Dalam usaha JPPKK untuk menjadi peneraju institusi TVET yang unggul dan proaktif dalam memastikan Agenda Matlamat Pembangunan Mampan 2030 tercapai, pengurusan pendidikan dan penyelidikan mampan dilihat sebagai satu cara untuk memampankan institusi kondusif berteraskan Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 2018 - 2025. Blueprint SmartGreen PolyCC 2021-2026 (BSGPC) juga dibangunkan dengan visi untuk memperkasa budaya hijau dan melestarikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Hala tuju strategik yang praktikal dan dapat dicapai merupakan tonggak utama kejayaan pencapaian visi blueprint ini. Hala tuju ini adalah berpandukan kepada pelaksanaan aktiviti TUJUH (7) Bidang Tumpuan yang perlu dilaksanakan secara seiring dan saling menyokong antara satu sama lain. BIdang Tumpuan tersebut ialah Pengurusan Pendidikan Dan Penyelidikan, Pengurusan Tenaga Dan Perubahan Iklim, Pengurusan Alam Sekitar Dan Landskap, Pengurusan Sisa, Pengurusan Air, Pengangkutan Dan Perolehan Hijau.
BSGPC ini secara langsungnya akan menjadi dokumen rujukan kepada semua aktiviti dan program mampan di setiap politeknik dan kolej komuniti di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan secara tidak langsungnya kepada semua institusi pendidikan yang lain. Sealiran dengan itu semua institusi pendidikan akan dapat memainkan peranan sebagai pusat ilmu untuk melahirkan graduan yang mempunyai pengetahuan dan kepakaran dalam bidang tertentu, juga tidak ketinggalan dalam bidang lain yang dapat memberi nilai tambah kepada jati diri seperti bidang pengurusan mampan dan komunikasi dengan lebih berkesan. Ini akan dapat memenuhi tuntutan dan keperluan dunia pekerjaan yang semakin mencabar yang memerlukan ketahanan fizikal dan mental, berdaya saing dan berkeperibadian yang baik agar dapat berinteraksi secara berkesan dan harmoni dengan masyarakat dan persekitaran untuk menjamin keseimbangan, kesejahteraan dan kemampanan hidup. SDGs diperluaskan kepada 17 matlamat dan 169 sasaran dengan tujuan bagi meneruskan agenda 2030 mencapai keseimbangan dalam tiga dimensi pembangunan mampan iaitu merangkumi sosial, ekonomi, dan alam sekitar.
Bagi mengukur dan mengiktiraf keberhasilan pelaksanaan BSGPC, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) telah merancang menganjurkan Malaysian Polytechnic & Community College Sustainability Award 2021 (MPCCSustAWARD21) buat kali kedua sejak tahun 2020. Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) merupakan politeknik yang telah terpilih sebagai tuan rumah pada tahun 2021. Penganjuran program ini adalah secara bersama Bahagian Kurikulum (Unit Teknologi Pertanian), JPPKK dan PSIS yang di wakili oleh Jawatankuasa SmartGreen PolyCC PSIS dan Seksyen Centre of Environmental Technology (CENTA) PSIS yang bertujuan untuk melonjakkan institusi kampus TVET mampan di Malaysia mahupun di peringkat antarabangsa melalui International Webinar & Showcase on Malaysian Sustainability Projects 2022 akan datang.
Penganjuran MPCCSustAWARD21 ini diadakan bagi mencapai objektif berikut:
Untuk mencapai KPI Politeknik dibawah strategi peningkatan program TVET berimpak di mana pensyarah dan pelajar berpeluang mempamerkan daya cipta dalam inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran.
Menambah baik jalinan hubungan dua hala dan membuka peluang kolaborasi baru dengan pemain industri mampan di Malaysia.
Memberi pendedahan kepada pelajar menyertai dan menganjurkan program berskala besar sejajar dengan Lonjakan 4 PPPM-PT untuk menghasillkan graduan TVET yang berkualiti.
Mengiktiraf kedudukan institusi mampan di bawah Jabatan pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Hantar penyertaan