Fokus Tugasan:
Fokus Tugasan:
Membincangkan pembentukan perkataan baharu.
Menganalisis isu kesalahan bahasa daripada pelbagai sumber berdasarkan prinsip morfologi.
PENGENALAN
Morfologi bahasa Melayu merujuk kepada bidang ilmu yang mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk dan penggolongan kata. Stuktur kata bermaksud susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang tulisan yang menjadi unit bahasa bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada berbentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi, atau bentuk dan fungsinya. Perkataan-perkataan yang mempunyai keserupaan digolongkan ke dalam golongan kata yang sama.