Digunakan setiap kali selepas mandi dan jika perlu.
Panaskan tungku besi dengan kadar api yang perlahan selama 5 minit
Kemudian masukkan daun pandan /Mengkudu /daun Lengkuas ke dalam sarung sebelum di masukkan tungku sebagai mengelakkan dari sarung terbakar, kemudian ikat dengan kemas supaya tungku tidak terkeluar
✅Melancarkan darah nifas
✅Mengecutkan batu meroyan
✅Menguatkan otot punggung yang telah renggang
✅ Rahim lebih cepat mengecut
✅ Hilang sakit dan pedih dalam perut kesan rengat
✅Hilang sengal-sengal badan, sejuk urat
✅Tubuh lebih sihat dan bertenaga
✅Keluar angin dan lebihan lendiran dan darah
✅Berat: 2 kg. Paling sesuai dan senang digunakan oleh ibu kerana bentuk memanjang, senang dipegang
✅Hanya perlu bakar tungku ini di atas api paling perlahan selama 20 minit dan masukkan ia ke dalam Sarung Tungku Herba ya
✅Kepanasan tungku besi ini boleh tahan lebih lama berbanding tungku batu sungai
✅. Menuam perut
✅Menaikkan peranakan
✅ Mengurangkan senggugut
✅. Mengelakkan senggugut
Mulakan bertungtung di bahagian tapak kaki kemudian perut betis, cabang peha, punggung, pinggang dan seluruh badan.
Tungku merupakan kaedah rawatan tradisi yang biasanya dikaitkan dengan wanita dalam pantang.
Namum ia sebenarnya sesuai dan boleh diamalkan oleh semua orang bagi penjagaan kesihatan dan kesegaran badan.
Terdapat beberapa jenis tungku seperti tungku batu, tungku pasir herba, tungku bijirin herba, tungku besi, tungku layor (daun dan buah), tungku abu, tungku garam bukit dan tungku moden.
Tungku batu amat popular di kalangan wanita dalam pantang. Beberapa jenis batu boleh digunakan seperti batu sungai, batu gunung, batu bata merah dan batu kelikir. Batu ini dibakar sehingga panas dan dimasukkan ke dalam kain yang berlapikkan daun mengkudu, bunga kantan, halia dan halba. Ia bertujuan mengeluarkan darah beku, mengecutkan peranakan, menghilangkan kebas-kebas kaki serta buasir.
Tungku pasir pula lebih ringkas. Pelbagai jenis pasir boleh digunakan seperti pasir sungai, pasir laut, campuran lumpur, tanah bukit atau pasir bukit. Pasir disangai (digoreng tanpa minyak) terlebih dahulu sehingga betul-betul kering. Sediakan kain belacu yang dialas daun pisang, daun mengkudu, lada hitam, hirisan daun pandan dan pucuk kecubung. Tuang pasir di atas kain dan tuam di bahagian pinggul, bahu, belikat, perut dan tapak kaki. Elok bagi wanita yang mengalami senggugut dan meroyan.
Tungku bijirin digunakan oleh sesetengah bidan kampung sebagai terapi bersalin, menyusutkan bengkak dan nanah dan boleh dituam di bahagian pinggul. Bijirin yang digunakan ialah jagung, kacang hijau, lada hitam, halba, lada ekor, ketumbar, daun kantan, daun pandan, halia bara dan lengkuas.
Tungku besi terkenal di negeri-negeri utara iaitu Perak, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis. Tungku ini dibuat daripada besi dan berbentuk laras. Cara penyediaannya sama juga dengan tungku lain di mana daun kecubung, lengkuas, daun dan kulit limau purut diletakkan di atas kain. Tungku dipanaskan dan dibungkus dengan kain yang berisi daun-daun tersebut.
Tungku layor pula menggunakan dua jenis bahan sama ada daun atau buah. Daun yang sesuai ialah daun kantan, lengkuas, mengkudu, jambu batu hutan, sirih, kecubung dan kaduk. Kadangkala orang sebut tuam.
Tungku buah pula menggunakan buah mengkudu. Daun dan buah dilayorkan (diletakkan di atas api perlahan sehingga daun layu) dan dibungkus dengan sapu tangan.
Tungku abu amat unik dan sukar diperoleh pada masa kini kerana tidak ramai lagi yang memasak menggunakan kayu api. Abu daripada kayu api yang masih suam dibalut dengan daun mengkudu atau kain dan digunakan bagi meredakan bengkak di dahi, bisul, kuping kulit dan mengeringkan kudis.
Tungku moden adalah inovasi terbaru tungku yang satu ketika dahulu bersifat tradisional kini di perbaharui untuk kemudahan penggunaannya. Diperbuat daripada bahan anti-kuman yang mengandungi cecair, tungku moden ini bersih dan mempunyai unsur perubatan yang tersendiri. Tungku ini hanya perlu dicajkan selama 5 - 8 minit dan lampu akan terpadam secara automatik. Tungku ini akan menjadi panas sehingga 70 - 80 darjah celcius dan suhu ini akan bertahan antara 1 - 2 jam.
🔥Mengecutkan rahim - digunakan oleh ibu lepas bersalin sehingga 44 hari
🔥Memperbanyakan susu badan.
🔥Mengelakkan buasir
🔥Memecah lemak badan
🔥Menyegarkan badan
🔥Mengelakkan bentan
🔥Membaik pulih sistem urat saraf
🔥Dapat menghangatkan badan ibu ibu yang berpantang
🔥Membuang angin
🔥Mengecutkan urat yang kembang selepas bersalin
🔥Memperbetulkan serta melancarkan perjalanan darah
🔥Mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal
🔥Berkesan untuk kurangkan sakit senggugut
🔥Menghilangkan kebas kebas tubuh badan
🔥Wanita-wanita selepas melahirkan anak atau ketika berpantang bagi merawat serta memulihkan tubuh badannya sewaktu proses bersalin
🔥Digunakan oleh warga tua atau sesiapa saja individu untuk mengurangkan rasa sengal sengal badan.
🔥Amalan bertungku adalah asas kepada amalan berpantang secara tradisional yang dilaksanakan oleh masyarakat Melayu. Namun kini, semakin ramai yang mencuba amalan ini ekoran daripada kebaikannya yang diakui kepada ibu selepas bersalin.
🔥Bertungku dilakukan sebelum ibu berbengkung. Amalan bertungku dilakukan sama ada menggunakan seketul batu sungai atau alat tungku yang memang banyak di pasaran. Tidak kira sama ada anda menggunakan tungku biasa atau tungku berherba, kelebihannya tetap sama kepada wanita yang mengamalkan.
🔥Salah satu kebaikan bertungku adalah mengecutkan rahim dan mengeluarkan darah beku. Darah dan lendir mestilah mengalir keluar sepanjang tempoh berpantang 44 hari mengikut kepercayaan Melayu. Rahim wanita tidak akan bersih sepenuhnya jika darah berhenti awal dan ini boleh mengugat kesihatan.
🔥Jadi tujuan bertungku dan memakan jamu adalah untuk memastikan semua kotoran dan toksin dikeluarkan daripada badan.
Amalan bertungku juga dipercayai dapat memecahkan lemak dalam badan yang berkumpul sepanjang mengandung, mengecutkan rahim dan organ yang bengkak kerana bersalin, mengembalikan tubuh badan kepada keadaan asal.
🔥Ketika berurut tukang urut yang mahir juga akan menaikkan rahim ibu selepas bersalin ke atas untuk mengelakkan daripada rahim jatuh dan mendapat penyakit lain di usia tua.
Biasanya amalan tungku dibuat dengan cara tungku tersebut dibakar dan dibalut dengan daun serai, lengkuas, pandan dan lain-lain daun kemudian dilapiskan dengan kain. Alat tungku ditekap pada kawasan perut dan paha selama sejam. Tetapi jika terlalu sibuk, sekurang-kurangnya peruntukkan setengah jam untuk bertungku.
Bagi ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean, perlu elakkan kawasan perut dan amalan bertungku hanya boleh dilakukan selepas tiga ke empat minggu selepas bersalin.