Bengkung ialah kain yang dililit kemas dari bahagian abdomen badan hingga pinggul.
Terdapat pelbagai jenis bengkung bersalin dan ia berbeza mengikut amalan orang terdahulu sesuatu kaum.
Jika dahulu bengkung dililit daripada sehelai kain panjang (dikenali sebagai Bengkung Orang Jawa), kini rekaan bengkung telah banyak mengalami perubahan untuk disesuaikan dengan cara hidup masa kini.
Mak Kuntum menginovasikan rekaan bengkung pertama di Malaysia dengan ciri zip bukaan tepi yang tahan lasak.
Rekaan bengkung yang inovatif ini diikuti dengan rekaan khusus bagi ibu yang melahirkan bayi secara Ceaser/ pembedahan.
Kini, para ibu yang melahirkan bayi secara ceaser tidak lagi gusar kerana mereka mempunyai pilihan bengkung yang boleh dipilih mengikut keselesaan dan keperluan sendiri.
Menyedari keperluan bengkung inovasi yang semakin tinggi, Mak Kuntum mengorak langkah memperkenalkan beberapa rekaan bengkung seiring tren terkini dengan jenama Boonga bagi memberi motivasi dan semangat positif untuk para ibu berpantang dan wanita untuk menjaga kecantikan dalaman dan luaran sepanjang masa dengan selesa.
Antara pilihan bengkung jenama Boonga:
Bengkung Boonga Super Zapp (Free Size, Plus Size dan Extra Plus Size)
Bengkung Boonga Super Zapp Version 2 (Adjustable size) (Free Size dan Plus Size)
Bengkung Boonga Super Zip (Free Size, Plus Size dan Extra Plus Size)
Bengkung Jawa Lilit (Free Size dan Plus Size)
Anda boleh memilih bengkung yang bersesuaian mengikut keperluan dan bajet anda. Kesemua bengkung dibuat menggunakan kain belacu berkualiti tinggi yang tidak panas mahupun kasar pada kulit anda apabila dipakai dalam tempoh yang lama.
Mutu pembuatan Bengkung Mak Kuntum dan Boonga juga dijamin telah mengikut standard kualiti yang tinggi dengan penggunaan zip heavy duty untuk penggunaan berulang kali.
Kain belacu merupakan material utama dalam pembuatan Bengkung Mak Kuntum dan Boonga kerana ia telah digunakan sejak zaman dahulu dan terbukti berkesan dalam mengembalikan bentuk badan wanita.