Bengkung Super Zapp Boonga Version 2 merupakan bengkung bersalin dengan rekaan velcro di bahagian depan khusus untuk ibu yang bersalin secara ceaser. Menariknya, Super Zapp Boonga sebelum ini telah ditambah baik dengan ciri baharu, iaitu zip untuk melaraskan size bengkung. Dengan adanya ciri baru ini, Bengkung Super Zapp Boonga Version 2 Free Size boleh digunakan oleh wanita bersaiz S hingga 2XL!
Rekaan Bengkung Super Zapp Boonga Version 2 sangat unik di mana penggunaan velcro memudahkan ibu untuk memakai dan membuka bengkung sepantas 3 saat sahaja. Tujuan penggunaan velcro untuk menggantikan tali pada Bengkung Ekspress MK adalah untuk memberi tekanan lembut pada perut ibu kesan daripada luka ceaser. Selain itu, velcro memudahkan ibu untuk membuka bengkung ketika perlu ke tandas dengan segera.
Didatangkan dalam 2 saiz, Bengkung Super Zapp Boonga Version 2 kini bukan sahaja menjadi pilihan bagi ibu yang bersalin secara ceaser, tetapi juga digunakan oleh ibu bersalin normal, anak dara atau ibu yang sudah lama melahirkan bayi, tetapi masih ingin berbengkung untuk mengembalikan bentuk badan normal.
Bengkung Super Zapp Boonga Version 2 kini mempunyai saiz besar untuk memenuhi permintaan ibu-ibu plus size.