ARAHAN AM PERPUSTAKAAN
i. Dilarang membuat bising sehingga boleh mengganggu ketenteraman pengguna-pengguna lain.
ii. Dilarang menggubah susunatur perabut kerusi dan meja yang sedia ada. Sebuah meja lengkap dengan kerusi terhad untuk 6 pengguna sahaja. Kerusi yang digunakan hendaklah disusun kembali selepas guna.
iii. Dilarang makan, minum, tidur atau membuat sesuatu yang akan menjejaskan suasana di dalam perpustakaan.
iv. Dilarang membawa sebarang bahan makanan dan minuman ke dalam perpustakaan.
v. Dilarang menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakan pada bahan tersebut.
vi. Dilarang menconteng, mengoyak, merosak atau memusnahkan mana-mana harta kepunyaan perpustakaan atau berkelakuan yang boleh membawa kerosakkan pada barang tersebut.
vii. Dilarang menggunting artikel-artikel dalam majalah dan akhbar atau apa-apa bahan cetak termasuk harta kepunyaan perpustakaan.
viii. Dilarang mencuri sebarang buku, majalah-majalah, akhbar atau apa-apa bahan cetak termasuk harta kepunyaan perpustakaan.
ix. Penggunaan telefon mudah alih (handphone) hanya dibenarkan dalam keadaan nada getar ( vibrate ) dan senyap ( silent ).
x. Pengguna-pengguna mestilah mematuhi peraturan-peraturan menggenai bilangan buku-buku yang boleh dipinjam dan bertanggungjawab ke atas pemulangan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
xi. Peminjam bertanggungjawab ke atas bahan-bahan yang dipinjam. Bagi bahan-bahan yang dihilangkan, peminjam akan dikenakan bayaran harga semasa sebagai kos gantian bahan tersebut.
xii. Dilarang membawa masuk beg, fail besar, kamera, topi kaledar, baju jaket dan senjata tajam ke dalam perpustakaan.
xiii. Pengguna perpustakaan hendaklah menunjukkan semua barang seperti fail, buku dan sebagainya kepada petugas perpustakaan untuk diperiksa sebelum keluar dari perpustakaan.
xiv. Pengguna yang hendak meminjam bahan perpustakaan perlu mendaftar sebagai ahli terlebih dahulu dan pinjaman tanpa kad keahlian tidak akan dilayan.
xv. Semua pertukaran alamat pengguna hendaklah dimaklumkan kepada pihak perpustakaan.
xvi. Pengguna hendaklah berpakaian yang sesuai mengikut peraturan Am Kolej Komuniti